DEMOKRAT PROGRESIF | Demokrat Progresif ialah parti politik yang ketiga terbesar di Republik Ireland. Parti ini ditubuhkan pada bulan Disember 1985 oleh dua orang anggota Dáil Éireann (parlimen Ireland), Desmond O’Malley dan Mary Harney. | UMUM | |
O'MALLEY, DESMOND | O’Malley, Desmond (1939– ) ialah pengasas Demokrat Progresif, iaitu parti politik di Republik Ireland. O’Malley menjadi anggota Fianna Fáil, tetapi dibuang pada tahun 1985 selepas berucap menentang barisan parti dalam membahaskan perancangan keluarga. Dia membentuk Demokrat Progresif pada awal tahun berikutnya dan mengepalai parti itu sehingga tahun 1993. Pada tahun 1989, Demokrat Progresif dan Fianna Fáil membentuk kerajaan campuran, dan O’Malley menjadi menteri bagi perindustrian dan perdagangan sehingga tahun 1992. | UMUM | |
DAVIES, SIR PETER MAXWELL | Davies, Sir Peter Maxwell (1934– ), penggubah dan pemimpin pancaragam British. Gubahannya terkenal kerana mutu yang progresif dan ditulis dalam ungkapan moden yang tersendiri. | UMUM | |
MULRONEY, BRIAN | Mulroney, Brian (1939– ) ialah perdana menteri Kanada dari tahun 1984 hingga tahun 1993. Mulroney telah dipilih sebagai ketua Parti Konservatif Progresif pada bulan Jun 1983. Sebelum dia menjadi ketua parti tersebut, Mulroney ialah peguam dan eksekutif perniagaan dan tidak pernah memegang jawatan awam. Walaupun demikian, dia berjaya memimpin Parti Konservatif hingga memenangi pilihan raya tahun 1984. | UMUM | |