Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[prok.si] | ڤروکسي

Definisi : 1. kuasa yg diberi kpd seseorang utk bertindak bagi pihak atau mewakili orang berkenaan yg tidak hadir, mis dlm sesuatu pengundian: mengundi secara ~; 2. orang yg diberi kuasa utk bertindak bagi pihak orang lain yg tidak hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[prok.si] | ڤروکسي

Definisi : 1 orang yg diberi kuasa utk melakukan sesuatu tugas bagi pihak orang lain. 2 kuasa yg diberikan kpd seseorang utk melakukan sesuatu bagi pihak orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata proksi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROKSI

Proksi ialah ganti. Andaikan, anda diberi tugas

untuk membentangkan satu laporan penting dalam

mesyuarat kelab. Pada hari mesyuarat itu diadakan,

anda tidak sihat untuk menghadiri mesyuarat

tersebut. Oleh sebab itu, anda meminta seorang ahli

kelab bertindak bagi pihak anda. Ahli kelab itu

menjadi proksi anda, dan dia akan membentangkan

laporan anda dalam mesyuarat kelab itu.

UMUM 

Kembali ke atas