PROSA | Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi, esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama. Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah penulis pula menggubah prosa yang sangat berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak dapat membezakan dengan jelas antara prosa dengan puisi. | UMUM | |
PROSA BERIRAMA | PROSA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Isi prosa berirama berupa cerita atau naratif panjang, sama seperti cerita lipur lara dalam tradisi lisan dan karya-karya yang tergolong sebagai sastera rakyat atau sastera hikayat dalam tradisi tulisan. Ciri utama prosa berirama ialah keseluruhan cerita tersebut (dari awal hingga akhir) adalah dalam bentuk puisi yang digolongkan sebagai prosa lirik atau prosa berirama. | SASTERA | Karya |
BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA PROSA DAN PUISI | BAHASA MELAYU KLASIK DALAM KARYA PROSA DAN PUISI, menampilkan bentuk dan struktur bahasa Melayu klasik dalam karya prosa dan puisi. | BAHASA | Konsep |
AL-RASA’IL | Al-Rasa’il ialah satu bentuk ilmu sastera (ilmu prosa) pada zaman dahulu. Ia tergolong dalam ilmu sastera nathri (prosa Arab). Ia mula mendapat tempat dan berkembang pada abad ke-3 dan ke-4 Hijrah. | UMUM | |
SAADI | Saadi (1213?–1292) ialah pengarang Parsi yang masyhur menulis karya dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita prosanya yang paling terkenal ialah Golestan ( Rose Garden ), satu ko leksi cerita prosa dengan memasukkan banyak rangkap tentang moral. Penulisan Saadi dicirikan dengan gaya yang jelas dan sederhana, dan dengan sentimen tolak ansur dan perikemanusiaan. Kejelasan dan kualiti moral yang tinggi dalam penulisannya berkemungkinan telah menjadikannya paling popular di kalangan pengarang Parsi. | UMUM | |
SIMA XIANGRU | Pujangga Fu, iaitu prosa yang terkenal pada zaman Han Barat. | SASTERA | Tokoh |
SASTERA MELAYU TRADISONAL | Sastera yang terdiri daripada puisi dan prosa tradisional. | SASTERA | Konsep |
NOVEL | Novel ialah cerita fiksyen panjang yang ditulis dalam bentuk prosa. Ini merupakan salah satu bentuk kesusasteraan yang paling popular. | UMUM | |
ANGLO-SAXON CHRONICLE | Anglo-Saxon Chronicle ialah karya agung pertama prosa Inggeris dan sumber sejarah Inggeris yang paling penting dari kira-kira tahun 800 hingga 1066. | UMUM | |
KESUSASTERAAN INGGERIS | Kesusasteraan Inggeris mengandungi puisi, prosa, dan drama yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh pengarang di England, Scotland, dan Wales. Semenjak tahun 1707, tiga buah negara itu telah bergabung melalui politik di bawah nama Great Britain. Setiap negara tersebut, khususnya England, telah melahirkan pengarang yang ulung. William Shakespeare dan Charles Dickens merupakan dua daripada nama-nama yang besar dalam kesusasteraan Inggeris. | UMUM | |