TRANSLASI | Proses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
PROSES HABER | Proses Haber ialah kaedah komersial mengeluarkan ammonia daripada nitrogen dan hidrogen. Fritz Haber, ahli kimia Jerman, mencipta proses ini dan membuktikannya pada tahun 1909. Dia mempatenkan proses ini pada tahun 1910. Seorang lagi ahli kimia Jerman, Carl Bosch, kemudiannya menyesuaikan proses ini untuk kegunaan industri. Proses ini juga dikenali sebagai proses Haber-Bosch . | UMUM | |
PEMPROSESAN HILIRAN | Proses yang melibatkan semua proses pasca penghasilan seperti penuaian, pemencilan, penulenan, pengawetan, dan pembungkusan produk. Terdapat juga industri produk biologi yang tidak melibatkan penghasilan produk, contohnya pemprosesan dan pengawetan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, dan daging. Oleh itu, produk tersebut hanya perlu melalui proses hiliran seperti pengetinan atau pemprosesan kepada produk tambah nilai yang lain. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
PEMVULKANAN PRODUK | Industri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
ANALISIS KIMIA | Industri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran. | KEJURUTERAAN | Konsep |
UDARA PEMBAKARAN | Udara yang digunakan dalam proses pembakaran. Udara mengandungi satu kmol oksigen dan 3.76 kmol nitrogen. Oksigen merupakan komponen penting dalam proses pembakaran bahan api. Kuantiti udara yang diperlukan hanya mencukupi untuk proses pembakaran sesuatu bahan api dinamai udara teori atau udara stoikiometri. Ia dikira berdasarkan persamaan kimia tindak balas yang terlibat dalam proses pembakaran. Secara praktik, proses pembakaran lengkap sukar dicapai dengan hanya menggunakan udara teori. Oleh itu, udara yang diperlukan biasanya melebihi jumlah udara ...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
PROSES PENGAPUNGAN | Proses pengapungan digunakan untuk memisahkan mineral yang berharga daripada satu sama lain atau daripada mineral lain yang bercampur dengannya. Melalui proses ini, bahan yang mengandungi mineral pada mulanya dihancurkan dan dikisar menjadi serbuk. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki yang dinamakan sel pengapungan yang mengandungi air dan bahan kimia tertentu yang dinamakan reagen pengapungan . Bahan kimia ini membentuk lapisan penolak air di sekeliling zarah satu daripada mineral, tetapi tidak di sekeliling mineral yang lain. | UMUM | |
HAKISAN GLASIER | Hakisan glasier, hakisan yang dilakukan oleh glasier atau lembaran ais melalui proses-proses seperti lelasan, ragutan dan lain-lain yang mengakibatkan pemusnahan permukaan bumi. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ALIRAN PROSES | Kaedah yang diwujudkan bagi memperbaiki pendekatan reka bentuk logi kimia dengan tujuan menghasilkan loji kimia yang dapat beroperasi pada tahap maksimum. | KEJURUTERAAN | Konsep |
PROSES OZALID | Proses Ozalid ialah kaedah mengeluarkan salinan dokumen. Kertas asal diletakkan di atas helaian kertas Ozalid yang dirawat secara kimia dan dimasukkan ke dalam mesin Ozalid. | UMUM | |