TINDAKAN KELAS | Tindakan kelas ialah sejenis prosiding kehakiman apabila seorang atau lebih daripada seorang individu mendakwa bagi pihak satu kumpulan yang mempunyai tuntutan yang serupa. Kumpulan yang sedemikian dikenali sebagai kelas. Tindakan kelas juga dikenali sebagai tindakan perwakilan . | UMUM | |
SAKSI | Saksi ialah orang yang memberi testimoni semasa prosiding kehakiman, perundangan atau pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi melarang amalan mengangkat sumpah, saksi bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang menandatangani surat cara undang-undang, contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan saksi. | UMUM | |
STATUTE OF LIMITATION | Statute of limitation ialah undang-undang yang menentukan had masa bagi memulakan tindakan atau prosiding undang-undang. Tindakan bermula selepas tempoh statute of limitation yang diluluskan dihalang, tidak kira betapa adilnya tindakan tersebut. Statute of limitation dapat mengelakkan terjadinya kes-kes apabila situasi sebenar menjadi samar-samar disebabkan jarak masa yang lama diambil untuk mengendalikan kes tersebut. | UMUM | |
SUMPAH BOHONG | Sumpah bohong ialah jenayah apabila seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk bercakap benar dalam mahkamah undang-undang atau dalam prosiding pentadbiran atau perundangan, tetapi kemudian secara sengaja berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong dianggap sumpah bohong hanya apabila ia mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau badan perundangan. Penyataan silap yang tidak disengajakan tidak dianggap sumpah bohong. | UMUM | |