Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pros.té.sis] | ڤروستيسيس

Definisi : (prostésis) (Ubat) gantian (secara buatan) sesuatu bahagian tubuh yg hilang, spt kaki dan tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prostesis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROSTETIK

Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan

yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk

tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai

prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh

yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit

atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu

atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat

mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang.

(2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih

ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set

gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang

memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas.

UMUM 
ANGGOTA PALSU

Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan

atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit,

atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga

dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu

yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota

manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan

dapat menolong seseorang mengambil bahagian

dalam kebanyakan kegiatan harian.

UMUM 

Kembali ke atas