PSIKIATRI | Psikiatri ialah cabang perubatan yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan penyakit mental. Pakar psikiatri ialah doktor yang menjalani latihan beberapa tahun untuk merawat pesakit mental selepas layak menjadi doktor. | UMUM | |
MENNINGER | Menninger ialah nama keluarga bagi dua orang pakar psikiatri terkemuka Amerika. Bersama bapa mereka, Charles Frederick Menninger (1862–1953), mereka menubuhkan Klinik Menninger dan Yayasan Menninger di Topeka, Kansas, Amerika Syarikat. Mereka merintis bidang rawatan orang yang menghadapi masalah gangguan mental dan fizikal dalam suasana klinik yang bercirikan komuniti. Yayasan tersebut merawat pesakit mental, melatih ahli psikiatri dan pegawai kesihatan mental yang lain, serta menjalankan kajian dalam banyak bidang yang berkait dengan kelakuan manusia. | UMUM | |
MINDA | Minda. Ahli psikologi, ahli psikiatri, dan ahli falsafah mempunyai berbagai-bagai pandangan tentang sifat semula jadi minda. Sehingga kini, mereka masih belum mencapai persetujuan tentangnya. | UMUM | |
ADLER, ALFRED | Adler, Alfred (1870–1937), pakar psikiatri Austria, mengembangkan banyak teori berkaitan motivasi kelakuan manusia. | UMUM | |
KATARSIS | Katarsis ialah satu istilah yang digunakan oleh pakar psikiatri dan ahli psikoanalisis untuk menerangkan cara bagaimana psikoterapi membantu seseorang itu melepaskan tekanan emosi. | UMUM | |
PSIKOANALISIS | Psikoanalisis ialah kaedah merawat penyakit mental yang diasaskan oleh doktor Austria, Sigmund Freud. Freud mengembangkan rawatan ini pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an. Ahli-ahli psikiatri yang lain mengembangkan variasi teknik mereka. Istilah psikoanalisis juga merujuk kepada teori yang menjadi asas rawatan seperti itu. | UMUM | |