Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pso.ria.sis]/[so.ria.sis] | ڤسورياسيس

Definisi : (Ubat) penyakit yg menyebabkan kulit mengalami tompok-tompok merah yg diliputi sisik keputih-putihan, biasanya terdapat pd lutut, siku dan kulit kepala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psoriasis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSORIASIS

Psoriasis ialah sejenis penyakit kulit, yang

dicirikan oleh tompokan tebal yang timbul dan

berwarna merah, dan dilitupi sisik yang putih

keperakan. Pada kebanyakan orang, hanya

tompokan itu sahaja gejala penyakit itu. Tetapi

tompokan itu mungkin memedihkan, pecah dan

berdarah, terutama jika kulitnya radang kerana

digaru. Tompokan itu biasanya terdapat pada siku

dan pada lutut. Namun dalam kes yang teruk,

tompokan mungkin meliputi seluruh tubuh.

Sejenis artritis dikaitkan dengan banyak kejadian

psoriasis, walaupun tompokan kulit itu tidak

menyebabkan artritis.

UMUM 

Kembali ke atas