PU YI | Pu Yi (1906–1967), yang biasanya dikenali sebagai Henry Pu Yi, ialah maharaja China yang terakhir. Pada tahun 1911 dan tahun 1912, ketika baginda masih kecil, revolusi telah menjatuhkan kerajaan Manchunya, dan menggantikannya dengan republik. | UMUM | |
PLUTONIUM | Plutonium ialah bahan kimia yang mempunyai simbol Pu. Ia merupakan logam radioaktif. Hampir semua Plutonium merupakan bahan buatan. Hanya sebahagian kecilnya sahaja yang benar-benar asli. Nombor atom Plutonium ialah 94. Ia akan mencair pada suhu 460 ° C dan mendidih pada 3460 ° C. Pada suhu 20 ° C, plutonium mempunyai kepadatan 19.86 gram padu per sentimeter (lihat Ketumpatan ) | UMUM | |
SEABORG, GLENN THEODORE | Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia kerana penemuan unsur plutonium (Pu), amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya menyumbang kepada penemuan einstenium (Es), mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta secara artifisial. | UMUM | |
KAYAN | KAYAN, kaum minoriti di Sarawak. Kaum ini tergolong dalam kumpulan Orang Hulu. Masyarakat Kayan yang dianggarkan berjumlah kira-kira 15 000 orang (banci 1993). Kayan terdiri daripada beberapa kumpulan kecil seperti Uma Pu, Uma Pliau, Uma Bawang, Uma Pako, Uma Semuka, Uma Belor, Uma Apan, Uma Juman, Uma Lesong dan lain-lain lagi. Walaupun mereka terdiri daripada beberapa kumpulan kecil yang berlainan namun bahasa yang digunakan tidak jauh berbeza. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |