Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puaknya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEKUOIA

Sekuoia , juga dinamakan sequonia, ialah pokok

yang tergolong antara benda hidup yang paling

besar dan paling tua di bumi. Berjuta-juta tahun

dahulu pokok-pokok ini tumbuh di hutan rimba

yang besar di seluruh dunia. Terdapat banyak

jenis yang berbeza. Tetapi hanya dua jenis

sekuoia sebenar sahaja yang masih tinggal

berserta pokok China yang berkaitan rapat

dengannya. Kedua-dua jenis sekuoia asli ini iaitu

sekuoia kayu merah dan sekuoia raksasa, ditemui

terutamanya di California, Amerika Syarikat. Nama

sekuoia berasal daripada nama Orang Asli

Cherokee yang mencipta abjad bertulis untuk

puaknya.

UMUM 
SAMOSET

Samoset (1590?–1655) ialah salah seorang Orang

Asli Amerika yang menjadi sahabat awal kepada

penduduk Pilgrim dari Tanah Jajahan Plymouth di

Amerika Syarikat. Dia ialah sagamore (ketua) Orang

Asli Amerika suku Pemaquid dan mula

berhubungan dengan orang Inggeris apabila dia

bertemu dengan beberapa orang nelayan Inggeris

di pinggir laut Maine. Dia belajar sedikit bahasa

Inggeris daripada mereka. Pada bulan Mac 1621,

Samoset mengejutkan penduduk tanah jajahan

Plymouth dengan muncul di jalan raya serta

mengalu-alukan kedatangan mereka dalam bahasa

Inggeris pasar. Kemudian, dia memperkenalkan

para pemimpin tanah jajahan itu kepada Massasoit,

ketua Orang Asli Amerika kawasan Plymouth. Pada

tahun 1625, Samoset membuat surat ikatan

pemindahan tanah Orang Asli Amerika kepada

penduduk tanah jajahan Inggeris, iaitu yang

dipercayai surat ikatan yang pertama. Dia

memindahkan 4856 hektar tanah puaknya kepada

John Brown, salah seorang peneroka di situ.

UMUM 

Kembali ke atas