Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puan.puan] | ڤوان  ٢

Definisi : sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan-puan

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUANPuan, tepak sirih yangdiperbuat dan direka bentuk khas menggunakan perak dan emas. Saiz puan lebih besar daripada tepak sirih biasa. Puan diperbuat dalam bentuk bulat dan berkaki seakan-akan pahar. Ada yang berbentuk bersegi-segi dan segi empat bujur dan ada juga yang dibentuk melambangkan seekor burung.BUDAYAAlat/Alatan
PUTEH MARIAH IBRAHIM RASHID, PUAN SRIPUTEH MARIAH IBRAHIM RASHID,  Puan Sri  (1914 -       ), Ketua Wanita UMNO yang pertama. Dia lahir pada 28 Disember 1914 di Kuala Kangsar, Perak. Dia mendapat pendidikan di Anglo Chinese Girl School, Ipoh dan St. Agnes School, Teluk Anson.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERHAMBAAN

Perhambaan merupakan satu amalan manusia

yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi

menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja

untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik

yang disebut tuan atau puan membekalkan

makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya.

Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan

diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan

pada zaman purba mencapai kemuncaknya di

Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman

Pertengahan, amalan perhambaan mengalami

kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan

1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah

telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan

secara pesat. Kemerosotan perhambaan

disebabkan oleh perubahan moral terhadap

perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan

adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir

setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di

beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika

Selatan.

UMUM 
SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN ST. GEORGE

SEKOLAH MENENGAH PEREMPUAN ST. GEORGE, Sekolah perempuan yang terawal di Pulau Pinang. Sekolah ini dibina pada tahun 1884, di ‘Manse’, iaitu beranda rumah Puan Biggs, isteri Reverend L. Courtier Biggs.  Pada masa itu dia berkhidmat sebagai Colonial Chaplain, Gereja St. George, Pulau Pinang. Sekolah Menengah Perempuan St. George dinamakan sempena nama gereja tersebut.  Pada awal penubuhannya, sekolah ini mempunyai seramai 40 orang pelajar sahaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SULTAN MANSUR SYAH ISULTAN MANSUR SYAH I ( ? – 1793), Sultan Terengganu yang kedua keturunan Bendahara Johor.  Baginda juga dikenali dengan panggilan Ku Tana Mansur, Tun Dalam, Raja Kecil, Yang Dipertuan Kecil dan Marhum Janggut.  Baginda adalah putera Sultan Zainal Abidin I dengan Che Puan Besar Nang Rugayah.  Baginda menggantikan ayahandanya menduduki takhta kerajaan Terengganu ketika berusia tujuh tahun dengan persetujuan suadara-saudaranya yang lain.  Oleh sebab itu baginda dikenali dengan gelaran Raja Kecil.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya.  Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949.  Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
ENGKU TENGAH RAJA HAJI

ENGKU TENGAH RAJA HAJI, ( ? - ?), puteri keempat raja haji, Yang Dipertuan Muda Riau Keempat. Ibunya berasal dari Inderagiri (Sumatera). Engku Tengah dibesarkan di Riau –Lingga. Sewaktu Sultan Ibrahim Syah, Sultan Selangor yang kedua  (1778 – 1826) berkunjung ke Riau –Lingga, sekitar tahun 1800, baginda mengahwini Engku Tengah (sepupunya) dan Engku Tengah digelar Engku Puan Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATO' SERI AGAR DIRAJA

DATO’ SERI AGAR DIRAJA, salah satu gelaran Orang Besar dalam kerajaan Melayu. Gelaran ini pernah disandang oleh Tun Mahmud yang menjadi pemerintah Selangor pada masa Kesultanan Melaka. Dalam huraian tentang Dato’ Seri Agar Diraja ini, rujukan khusus kepada negeri Perak. Dalam Kesultanan Perak, Dato’ Seri Agar Diraja ialah gelaran bagi Orang Besar Delapan. Penyandang gelaran ini lebih dikenal dengan panggilan Dato’ Sagor. Isterinya digelar Tuk Puan, manakala pembantunya dikenal dengan gelaran Paduka Raja. Pada tahun 1860-an, gelaran Dato’ Seri Agar Diraja disandang oleh Ngah Kamdin. Dia diberi kuasa oleh Sultan Perak menguruskan pentadbiran di kawasan tebing Sungai Perak, iaitu di antara Kampung Gajah dengan Pulau Tiga.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas