Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : in ~, di khalayak ramai: he dislikes speaking in ~, dia tdk suka bercakap di khalayak ramai. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. the community in general, orang ramai, umum: the exhibition will be open to the ~ from tomorrow, pameran itu akan dibuka kpd orang ramai bermula besok; 2. part of a community with a common interest, masyarakat: (fans, supporters) peminat: the sports-loving ~ will be well catered for over the holidays, keperluan masyarakat yg mencintai sukan akan dipenuhi semasa percutian itu; a professional actor is always mindful of his ~,pelakon profesional selalu mengambil berat ttg peminat-peminatnya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 7. of the way in which person, group, etc is perceived, /di mata, pd pandangan/ /umum, orang ramai/: the director is very concerned with the company’s ~image, pengarah sangat mengambil berat ttg imej syarikat itu di mata umum; 8. maintained or connected with the government, awam, umum: the ~ health authorities, pihak berkuasa kesihatan awam; ~ spending will be severely cut next year, perbelanjaan umum akan dipotong dgn banyaknya tahun depan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : akan dibuat pengumuman umum; 5. (of person) well-known, familiar, terkenal: he was a ~ figure but tried to keep his private life out of the newspapers, dia ialah tokoh terkenal tetapi mencuba mengelakkan kehidupan peribadinya disiarkan dlm akhbar; 6. of the affairs or in the service of the people, orang ramai, rakyat: he has been in ~ life now for a number of years, dia telah berkhidmat dgn orang ramai bertahun-tahun lamanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : kamu akan mendapati dia di perpustakaan awam kebanyakan petang; 3. (of place) not private, ramai orang, terbuka: let’s find somewhere quiet, the market is too ~, mari kita cari tempat yg sunyi, di pasar ini terlalu ramai orang; 4. performed publicly, [various translations]: a good ~ speaker, pemidato umum yg baik; the proceedings of the Court are ~, prosiding mahkamah itu dibuka kpd umum; Joan Sutherland’s last ~ appearance was at the Sydney Opera House, kali terakhir Joan Sutherland muncul di khalayak ramai ialah di Sydney Opera House; there will be a ~ announcement shortly, sekejap lagi (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. concerning people in general, awam, rakyat, (orang) ramai: to maintain ~ order, utk memelihara ketenteraman awam; ~ confidence must be restored, keyakinan rakyat mestilah dipulihkan; the scandal has become ~ knowledge, skandal itu sudah menjadi pengetahuan ramai; 2. provided, open for the use of the people, awam: the city has beautiful ~ parks, bandar itu mempunyai taman-taman awam yg cantik; you’ll find him in the ~ library most afternoons, (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : go ~, a. (of a private company) become public by unrestricted selling of shares, menjual saham kpd umum: they don’t want to go ~ just yet, mereka belum lagi mahu menjual saham kpd umum; b. make known publicly what was formerly confidential, mendedahkan: they decided to go ~ with the facts despite the consequences, mereka memutuskan utk mendedahkan kebenaran walaupun akan menerima akibatnya; in the ~ eye, di mata umum: it’s difficult being in the ~ eye all the time, adalah sukar jika sentiasa berada di mata umum; make ~, mengumumkan: the results of the enquiry have not been made ~, hasil siasatan itu tdk diumumkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata public


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HADIAH SASTERA UTUSAN MELAYU-PUBLIC BANK UMUM 
PERHUBUNGAN AWAM

Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR

(public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan

meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara

sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau

lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum .

Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang

bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan

sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan

agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli

politik, dan penghibur, adalah di antara mereka

yang menggunakan perhubungan awam.

UMUM 
SHAFFER, PETER LEVIN

Shaffer, Peter Levin (1926– ) ialah pengkritik

dan penulis drama British yang terkenal, dengan

dramanya Five Finger Exercise (1958), yang

menerokai permusuhan dalam kalangan pelbagai

generasi keluarga kelas pertengahan. Dramanya

yang terkemudian termasuk The Private Ear and the

Public Eye (1962), The Royal Hunt of the Sun (1964),

Black Comedy (1965), The Battle of Shrivings (1970),

Equus (1973), dan Amadens (1979). Sebahagian

daripada karyanya telah difilemkan. Dia juga pernah

menulis untuk rancangan televisyen. Shaffer lahir di

Liverpool, England dan mendapat pendidikan di St.

Paul School, London dan Cambridge University.

Saudara kembarnya, Anthony Shaffer juga

merupakan penulis drama. Dramanya yang paling

terkenal, Sleuth, juga telah difilemkan. Dia juga

menulis lakon layar untuk filem Death on the Nile

dan Evil Under the Sun.

UMUM 
ARCHER, JOHN LEE

Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan

arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan-

bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk

gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell,

Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New

Town. Bangunan-bangunan awam yang paling

terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance

Stores , Public Buildings dan Launceston Court

House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya

kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka

bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head

dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland.

UMUM 
SYARIKAT BERHAD

Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan

dengan setiap pemegang saham hanya

bertanggungjawab terhadap saham yang

dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang

yang memegang saham hanya akan hilang wang

yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut.

Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur

tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang

dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain,

dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.)

atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau

singkatan plc (“public limited company” atau syarikat

awam berhad) yang digunakan selepas nama

sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan

pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke

atas jumlah wang yang telah dilaburkan.

UMUM 
RAJA LOPE RASHID

RAJA LOPE RASHID (1909-   ),  anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULAIMAN DAUD

SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 -      ), ahli politik dan menteri.  Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching.  Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand.  Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZAKARIA HITAM (1912-      ), budayawan, pengumpul dan penulis sastera rakyat.  Dia lahir pada 20 Jun 1912 di Kampung Benta, Pekan, Pahang.  Dia lebih dikenali  dengan panggilan Pak Zek.  Zakaria mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langgar, Sekolah Inggeris Pekan dan Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang.  Dia lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1937.  Pada tahun 1954, dia lulus peperiksaan undang-undang bagi Pegawai perkhidmatan Melayu (MCS) dan dua tahun kemudian (1956) dia mendapat diploma dalam Public Administation dan diploma dalam bidang Secretarial Practice (Local Government). Dia memulakan kariernya sebagai kerani biasa di Jabatan Kerajaan.  Dia pernah menjadi pegawai RIDA, setiausaha kepada Menteri Besar Pahang dan akhirnya menjadi pegawai kerja di Pejabat Tanah dan Galian negeri Pahang sehinggalah dia bersara pada 31 Disember 1970.SASTERATokoh

Kembali ke atas