| NYANYIAN KANAK-KANAK | Nyanyian kanak-kanak ialah puisi kanak-kanak yang beritma serta bertujuan untuk menghiburkan hati kanak-kanak. Puisi-puisi ini, yang merupakan satu bentuk kesusasteraan rakyat, menarik hati kanak- kanak kerana rima dan bunyinya yang menawan serta ritmanya yang mantap. Kanak-kanak biasanya mengikut rentak ritma perkataan-perkataan dengan bertepuk tangan atau menggerakkan badan ke hadapan dan ke belakang.  | UMUM |   | 
			
				| PUISI KABUR | PUISI KABUR, genre puisi dalam kesusasteraan Melayu moden. Istilah puisi kabur mula dibicarakan dalam kesusasteraan Melayu moden sekitar tahun 1957. puisi kabur memperlihatkan satu perkembangan yang baharu lagi unik, yang menyimpang daripada konvensi, khususnya dari aspek pemikiran, bahasa dan penggunaan simbol. Puisi-puisi ini umumnya disebut sebagai puisi kabur kerana sukar difahami. Antara pelopor puisi kabur ialah A.S. Amin, M. Ghazali dan Noor S.I. | SASTERA | Konsep | 
			
				| PUISI BAHARU MELAYU III | PUISI BAHARU MELAYU III, antologi puisi yang memuatkan 554 buah puisi karya 156 orang penyair. Judul sebenar antologi ini ialah Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986. Puisi-puisi tersebut dihasilkan antara tahun 1961 hingga tahun 1986. Antologi yang disusun bersama oleh Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Haji Yusof ini diberi kata pengantar oleh Ahmad Kamal Abdullah. Puisi Baharu Melayu III diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. | SASTERA | Karya | 
			
				| ELIOT, T.S. | Eliot, T.S. (1888–1965), tergolong antara  penyair yang paling penting pada tahun 1900-  an. Dalam “The Love Song of J. Alfred Prufrock”,  The Waste Land, dan puisi-puisi yang lain, dia  meninggalkan teknik dan tema puisi sebelum  Perang Dunia I. Puisi dan karya kritikannya  membantu pembentukan semula kesusasteraan  moden. Pada tahun 1948, Eliot menerima Hadiah  Nobel bagi bidang kesusasteraan.  | UMUM |   | 
			
				| PUISI SIMFONI | Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah, pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah. Puisi simfoni berkembang daripada  overtur   konsert  . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi simfoni terdiri daripada satu  babak  (bahagian). Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas dan lebih panjang.  | UMUM |   | 
			
				| PUISI | Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran, dan perasaan dalam cara yang istimewa.  | UMUM |   | 
			
				| PUISI BAHARU MELAYU | PUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. Puisi Baharu Melayu diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila Majalah Guru yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia. | SASTERA | Karya | 
			
				| MAHABHARATA | Mahabharata ialah satu daripada dua puisi epik  India yang agung. Puisi yang satu lagi merupakan  Ramayana. Mahabharata merupakan puisi yang  paling panjang di dunia yang terdiri daripada 220  000 baris dan terbahagi kepada 18 bahagian. Puisi  ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci  India purba tetapi telah diterjemahkan ke dalam  beberapa bahasa moden India disebabkan  kisahnya terkenal di seluruh India. Pelbagai versi  cerita puisi ini juga ditayangkan di televisyen sama  ada di India atau di kebanyakan negara lain.  | UMUM |   | 
			
				| PUISI MELAYU MODEN | PUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun. | SASTERA | Konsep | 
			
				| PUISI TRADISIONAL | PUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai ‘karangan berangkap’ dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya. | SASTERA | Konsep |