Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ju/] | ڤوجوق

Definisi : kata-kata yg sangat menarik utk memikat hati: ~ rayu; ~ cumbuan; berpujuk; ~ cumbu (rayu) saling memakai kata-kata yg manis utk memikat hati dll; memujuk memakai kata-kata manis dgn tujuan hendak memikat hati (mengajak, me­nipu, dll); pemujukan perihal (perbuatan dsb) memujuk; pemujuk orang yg memujuk; bujuk I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ju/] | ڤوجوق

Definisi : , = pujukan kata-kata yg lemah lembut atau baik-baik utk melembutkan hati (memikat hati dll): Segala ~ dan rayunya tidak diendahkan oleh gadis itu. memujuk menuturkan kata yg manis-manis utk memikat (melembutkan hati dll): Maka Khadijah telah ~ dia supaya pergi berjumpa dgn seorang kerabatnya yg bernama Warakah bin Nufal. pemujukan perbuatan atau hal memujuk. pemujuk 1 orang yg memujuk. 2 (bersifat) pandai memujuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pujuk
Kata Terbitan : memujuk, pujukan, pemujukan, pemujuk,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Biar senang puyuh berlari;
Kalau dipinang-pinang tak dapat,
     Pujuk-pujuk kubawa lari.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Semanis-manis gula berpasir juga,
     sepahit-pahit jadam menjadi ubat.

Bermaksud :

Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAMPI SERAPAH

JAMPI SERAPAH,  ungkapan berirama yang diucapkan dalam suasana atau keadaan tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu.  Air sejuk, misalnya, menjadi penawar setelah dijampi serapah oleh bomoh.  Sebagai ungkapan berirama, jampi serapah mengandungi perkataan yang menggambarkan pelbagai suasana, misalnya kutukan, pujuk rayu dan puji-pujian, selari dengan tujuan penggunaan jampi serapah itu.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas