Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lu.han] | ڤولوهن

Definisi : 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lu.han] | ڤولوهن

Definisi : 1 kelompok atau kumpulan bilangan sepuluh-sepuluh: tahun-tahun enam ~. 2 beberapa puluh; berpuluh-puluh: ~ tahun lamanya dia merantau. 3 angka yg menduduki rumah puluh pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 34, ~nya ialah 3. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puluhan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAHUN DUA PULUHAN YANG BERGELORA

Tahun Dua Puluhan yang Bergelora,

merupakan dekad 1920-an yang menarik. Tempoh

ini berkait rapat dengan perubahan ekonomi di

Amerika Syarikat dan perubahan sosial yang

tersebar luas di beberapa negara di Eropah.

Zaman ini juga dikenali sebagai Zaman Jaz dan

Dekad Dolar.

UMUM 
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG

BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASABahasa
SAYID ABUL HASSAN BURHAN

SAYID ABUL HASSAN BURHAN (  ?  -  ?  ), pencetak dan pelopor penerbitan akhbar berbahasa Melayu dan Tamil di Semenanjung Tanah Melayu.  Sayid Abul Hassan adalah seorang India Muslim. Dia dilahirkan di Madras, India.  Ketika berusia dalam lingkungan awal dua puluhan, dia merantau ke Semenanjung Tanah Melayu dan menetap di Taiping, Perak.  Di bandar inilah dia berkhidmat sebagai guru bahasa Hindustani kepada pegawai-pegawai British dalam perkhidmatan Malay States Guides selama 20 tahun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH

Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah

salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab

Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah

Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi,

bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya,

daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya,

daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di

baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di

atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah

Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al-

Mukarramah yang menyaksikan turunnya

perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al-

Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al-

Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan

rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia

merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas

muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan

ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah

dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan

dan pembangunan kerana ia merupakan tempat

tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun.

UMUM 

Kembali ke atas