PUNCAK MENARA | Puncak menara , istilah seni bina yang digunakan untuk menggambarkan struktur tirus yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia mungkin berbentuk seperti piramid yang memanjang, berbentuk kon atau oktagon. Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau sabak. | UMUM | |
ANNAPURNA I | Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078 meter dan merupakan gunung yang kesebelas tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di bahagian tengah Nepal dan membentuk sebahagian daripada kumpulan gunung Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian, kerana mereka percaya puncak ini mengawasi ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum Puncak Everest didaki pada tahun 1953, Annapurna adalah puncak yang paling tinggi pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar rajah). | UMUM | |
BEBAN PUNCAK GAS | Paras permintaan gas tertinggi bagi suatu sistem pengagihan gas. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
TANJUNG TINGGI WILSON | Tanjung Tinggi Wilson ialah bahagian tanah besar Australia yang paling selatan. Ia terletak di bahagian selatan pantai Victoria. Untuk lokasi, lihat Victoria (peta politik). Tanjung Tinggi Wilson ialah sebahagian daripada semenanjung yang bergunung-ganang yang mempunyai beberapa puncak yang ketinggiannya melebihi 305 meter dari aras laut. Puncak-puncak ini termasuk Gunung Latrobe, Gunung Wilson, Gunung Oberon, Gunung Leonard, Gunung Boulder, Gunung Norgate, dan Gunung Hunter. | UMUM | |
TASIK TAUPO | Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer. Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan selatan tasik ini. | UMUM | |
SLIEVE DONARD | Slieve Donard ialah puncak tertinggi di Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara. Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat, Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama seorang santo pada tahun 400 M. | UMUM | |
SNOWDON | Snowdon ialah gunung di Gwynedd, Wales. Gunung ini mempunyai lima puncak, iaitu Yr Wyddfa, Crib-y-Ddysgul, Crib Goch, Lliwedd dan Yr Aran. Yr Wyddfa, dengan ketinggian 1085 meter di atas aras laut, merupakan puncak tertinggi di Wales dan England. Snowdon dikelilingi oleh taman negara seluas 2190 kilometer persegi yang dinamakan Snowdonia. | UMUM | |
MENDAKI GUNUNG | Mendaki gunung ialah sukan pendakian sesebuah gunung untuk sampai ke puncaknya. Pendakian gunung sebagai satu sukan bermula di Eropah apabila orang mula mendaki puncak gunung hanya untuk cabaran dan pengembaraan. Kebanyakan gunung-gunung utama, kecuali yang terletak di kawasan yang sangat terpencil di dunia, sudah didaki. Puncak yang paling tinggi di Amerika Utara yang terletak di Gunung McKinley, mula didaki pada tahun 1913. Pada tahun 1953, Sir Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing Norgay dari Nepal menjadi orang pertama sampai ke puncak Gunung Everest di Asia, iaitu gunung yang tertinggi di dunia. Lihat Gunung Everest; Gunung McKinley. | UMUM | |
SUNGAI YALU | Sungai Yalu berpunca dari puncak yang paling tinggi di Changbai Shan, atau Pergunungan Long White di Manchuria. Sungai itu membentuk sebahagian besar sempadan antara Korea Utara dengan Manchuria dan mengalir sepanjang 800 kilometer ke Laut Kuning. Sungai ini menjadi penting semasa Perang Korea (1950–1953). Komunis China menyeberangi Sungai Yalu pada pertengahan bulan Oktober 1950 bagi membantu Korea Utara dalam perang tersebut. | UMUM | |
MATTERHORN | Matterhorn ialah puncak gunung yang terkenal di Pennine Alps. | UMUM | |