PUNDI HEMPEDU | Pundi hempedu ialah kantung kecil yang menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan yang mempunyai tulang belakang, mempunyai pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk duktus hempedu . | UMUM | |
PUNDI KENCING | Pundi kencing ialah nama biasa bagi organ berotot berongga yang menyimpan air kencing sebelum ia dikeluarkan dari badan. Pengosongan pundi kencing berlaku secara terkawal pada kebanyakan manusia dan banyak mamalia lain. | UMUM | |
PUNDI UDARA | Pundi udara l ihat Ikan. | UMUM | |
SISTA | Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang mengandungi bendalir dan tidak mempunyai bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut (struktur bak beg yang mengelilingi rambut) tersumbat. Sesetengah sista terbentuk di sekeliling bahan asing yang memasuki badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman biasanya disebabkan oleh perkembangan organ yang tak normal. Sista dibuang melalui pembedahan. | UMUM | |
PERUT | Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan (haiwan yang mengunyah mamahannya), perut mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada perut manusia (lihat Ruminan ). | UMUM | |
KELENJAR PROSTAT | Kelenjar prostat ialah organ sistem reproduksi lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir kental yang keputih-putihan dalam tubuh. Semua mamalia jantan mempunyai bentuk kelenjar prostat yang serupa. Pada orang lelaki, kelenjar itu terletak betul-betul di bawah pundi air kencing dan bersetentangan dengan bahagian rektum. Beratnya lebih kurang 20 gram dan besarnya lebih kurang sebesar buah berangan. Prostat terdiri daripada tisu yang berotot dan berkelenjar, serta mempunyai permukaan yang bergentian lagi liat. | UMUM | |
SINDROM KESAKITAN RESPIRASI | Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa. Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes, akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara penyebab utama kematian di kalangan bayi pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan. | UMUM | |
STURGEON | Sturgeon ialah nama biasa bagi satu famili ikan besar yang hidup dalam air tawar dan laut di Zon Sederhana Utara. Ia ditangkap untuk isinya yang biasanya disalai, dan untuk telurnya, yang digunakan untuk menyediakan kaviar. Isinya yang berkualiti tinggi, iaitu bahan yang digunakan untuk membuat glu, didapati daripada pundi udara sturgeon Rusia, yang juga dikenali sebagai beluga. | UMUM | |