Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung helang malam atau burung hantu, betemak, Ninox scutulata malaccensis; burung ~ api sj burung pungguk, Phodilus b. badius; spt ~ merindukan bulan dikatakan kpd orang yg sangat rindu pd ke­kasihnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pungguk I

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Seperti pungguk merindukan bulan.

Bermaksud :

Dalam percintaan (lelaki merindukan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNGGUKPUNGGUK (1910-1971),  penyair.  Dia lahir pada 18 September 1910 di Brickfields, Kuala Lumpur.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Yasin bin Maamor.  Dia lebih dikenal dengan nama penanya Pungguk dan merupakan salah seorang perintis puisi Melayu moden di Malaysia.  Nama penanya yang lain ialah Keris Melayu, Malim Deman, Pujangga, Pensil Biru, Tanah Emas dan Pengarang.SASTERATokoh
SYAIR BURUNG PUNGGUK

 

SYAIR BURUNG PUNGGUK, puisi Melayu tradisional. Tidak diketahui dengan jelas siapa pengarang syair ini. Salah sebuah naskhah yang ditemui bertarikh 1865 mencatatkan nama Ibrahim dari Tanjung Pinang di hujungnya. Dalam beberapa rangkapnya pula dibayangkan bahawa dialah pengarang syair tersebut. Malah dalam satu rangkap yang lain, Ibrahim telah mengizinkan pembaca mengubah bahagian-bahagian yang tidak mereka gemari. Meskipun begitu adalah tidak jelas sama ada dialah pengarang syair tersebut atau penyalinnya sahaja.

SASTERAKonsep
PUISI BAHARU MELAYUPUISI BAHARU MELAYU, antologi puisi. Antologi yang memuatkan 37 buah puisi ini hasil karya 20 orang penyair. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Puisi Baharu MelayuI> diterbitkan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959. Antologi ini memuatkan puisi moden yang ditulis sekitar tahun 1935 hingga tahun 1941. Puisi baharu Melayu bermula pada tahun 1934 apabila <I style="mso-bidi-font-style: normal">Majalah GuruI> yang diterbitkan pada bulan Mac 1934, menyiarkan lima buah puisi moden karya Pungguk, dengan judul “Keloh-Kesah”, “Selalu Merayu”, ‘Ta’ Disangka2”, “Pujokan Hati” dan “Ibu-ku”. Dengan ini, Pungguk dianggap sebagai pengasas atau pemula puisi Melayu moden di Malaysia.SASTERAKarya
MAJALAH GURU

MAJALAH GURU, majalah bulanan yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Majalah GuruI> memperlihatkan pencapaian yang berkesan dalam menyumbangkan pemikiran mengenai kemajuan dan kesusasteraan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini mengemukakan ramai penulis yang terkenal, antaranya Za’ba, Muhammad Yusuf Ahmad, Zainun Sulaiman dan Pungguk.

SASTERAPenerbitan
WAU

WAU, alat permainan yang boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan tali.  Wau diperbuat daripada kertas atau gentian kain dan buluh.  Bentuknya adalah berkepala, bersayap, berekor dan bertali teraju.  Wau terdapat dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya termasuklah wau bulan, wau kekek, wau tukong, wau daun, wau kucing, wau merak, wau payang dan wau sewah.  Wau bulan merupakan wau yang paling terkenal dan disukai ramai. Di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, ia lebih dikenali dengan nama layang-layang. Wau yang dimainkan di setiap negeri adalah berbeza, seperti wau helang di Perlis, wau kapal di Selangor, wau pungguk di Terengganu, wau kekek di Johor dan Sabah, wau bawal di Melaka, wau daun atau wau barat di Kelantan, wau bugis di Johor dan wau merak di Negeri Sembilan.

BUDAYAPermainan/Sukan/Rekreasi

Kembali ke atas