PUNGUTAN SUARA | Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara memberi peluang kepada semua pengundi di sesebuah negara atau wilayah untuk membuang undi bagi menentukan dasar kerajaan atau cadangan undang-undang yang baru. Dalam pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau menentang sesuatu cadangan. Kadangkala pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit . | UMUM | |
PLEBISIT | Plebisit ialah pungutan suara rakyat terhadap sebarang persoalan. Istilah itu kini bermaksud pengundian para penduduk dalam sesebuah wilayah untuk memilih negara yang akan memerintah mereka. Plebisit pertama kali digunakan pada tahun 1790-an, apabila rakyat Nice dan Savoy mengundi untuk memilih atau menentang penyatuan dengan kerajaan Perancis. | UMUM | |
SYED ABDUL RAHMAN, DATO' KELANA | SYED ABDUL RAHMAN, Dato’ Kelana ( ? – 1889), Undang Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Beliau menggantikan bapa saudaranya, Dato’ Kelana Sendeng, yang meninggal dunia pada tahun 1872. Ketika menjadi Dato’ Kelana, Syed Abdul Rahman menerima cabaran daripada Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal tentang pungutan cukai di Kuala Linggi. Pada 21 April 1874, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menandatangani perjanjian dengan pihak British. Dengan termeterainya perjanjian ini, beliau bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |