Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam metamorfosis (perkembangan) kebanyakan serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa, satu bentuk sementara yang membolehkan struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa muncul dengan memecahkan “kulit” pupa. Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua hari, atau sehingga satu tahun atau lebih, bergantung pada spesies. Peringkat ini membolehkan sesetengah serangga dewasa, seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia juga membolehkan sesetengah serangga yang berkembang mengelakkan kepanasan dan kesejukan yang melampau, kebuluran, dan kemarau. |