Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pu] | ڤوڤو

Definisi : ; anak ~ kemanakan; saudara dua ~ sau­dara semoyang; cucu ~ cucu drpd saudara se­pupu; ~ poyang banyak saudara pupu; sepupu = saudara ~ saudara sedatuk (sene­nek); bersepupu mempunyai hubungan sepupu: mereka berdua ~; bersepupukan mempunyai seseorang sbg sepupu: aku rasa bertuah dapat ~ budak itu; berpupu mempunyai (hubungan) pupu; ~-poyang mempunyai (hubungan) pupu dan poyang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pu] | ڤوڤو

Definisi : pertalian atau perhubungan keluarga yg masih dekat. ~ poyang sekalian saudara pupu. saudara ~ saudara yg masih dekat (secara umum). saudara se~ (satu pupu) saudara yg datuknya sama. saudara dua ~ saudara yg moyangnya sama. berpupu ada perhubungan pupu: Mereka itu bukan orang lain, ~ dgn kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pupu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUPU

Pupu ialah orang di luar lingkungan keluarga

terdekat kita yang ada hubungan dengan kita oleh

pertalian darah dan berasal daripada nenek

moyang yang sama. Carta ini menunjukkan

pertalian pupu.

UMUM 
TUK PULAI CHONDONGTUK PULAI CHONDONG (1792-1874), ulama.  Dia lahir di Kampung Bukit, Pulai Chondong, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdush Shamad bin Haji Abdullah bin Imam Bira Patani.  Tuk Pulai Chondong merupakan saudara dua pupu Syekh Daud bin Abdullah al-Fatani.  Ayahnya Faqih Haji Abdullah bin Imam Haji Hasyim adalah imam di Kampung Bukit Pulai Chondong.  Dia belajar di Pulai Chondong serta tempat lain di Kelantan dan sekali-sekala belajar di Patani.  Ayahnya adalah ulama yang pakar dalam ilmu fikah, demikian juga dua orang saudara ayahnya iaitu Faqih Deramat dan Faqih Ali merupakan tokoh agama yang terkenal.  Datuknya, Imam Haji Hashim merupakan pakar dalam bidang ilmu saraf, sehingga dia bergelar Tuk Saraf.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas