Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ru] | ڤورو

Definisi : 1. sakit patik, Framboestia tropica; ~ bunga belang putih-putih pd kulit tanda akan sakit puru (patik); ibu ~ puru yg besar; 2. sj penyakit kulit; jenis-jenisnya: ~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~ sembilik, dll; getikkan ~ di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yg buruk kelakuannya; orang yg ~ gatal tubuhnya nescaya meng-garu juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang; berpuru menghidap sakit puru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ru] | ڤورو

Definisi : sj penyakit kulit yg mudah berjangkit, Framboestia tropica. ~ sembilik buasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puru

Peribahasa

Orang yang puru gatal tubuhnya,
     nescaya menggaru juga kerjanya.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PURU

Puru ialah ketumbuhan tak normal pada tumbuh-

tumbuhan yang biasanya membonjol. Puru boleh

terbentuk pada akar, daun, bunga dan lenggai biji.

UMUM 
SUMAC

Sumac ialah nama bagi sekumpulan pokok kecil

dan pokok renek dalam famili gajus. Sesetengah jenis

sumac adalah beracun, tetapi jenis-jenis lain tidak

beracun dan mempunyai kegunaan komersial.

Contohnya, sesetengah spesies di timur Asia, seperti

sumac Cina, adalah sumber penting lakuer dan lilin

semula jadi. Pokok asap biasa di selatan Eropah dan

Asia membekalkan tanin, iaitu bahan yang digunakan

dalam menyamak dan mencelup. Puru (ketumbuhan)

sumac potanin Cina digunakan untuk membuat

dakwat.

UMUM 
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN

SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas