Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sa.ka] | ڤوساک

Definisi : 1. segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun­-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temu­run drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dll; ~ rendah pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); ~ tinggi harta pusaka yg dimiliki oleh kaum (tanah dll); berpusaka beroleh (memiliki) pusaka; memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya; memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kpd: dlm wasiatnya segala hartanya dipusakakan kpd isteri dan anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sa.ka] | ڤوساک

Definisi : 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal. 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun: keris ~ keris yg diwarisi turun-temurun. memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: Dialah yg berhak ~ harta ayahnya. memusakakan memberikan (mewariskan) sbg pusaka: Dia telah ~ harta bendanya kpd isteri dan anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusaka (kata nama)
Bersinonim dengan harta pusaka, warisan, peninggalan, tinggalan, wasiat;,
Kata Terbitan : memusakai, memusakakan,

Puisi
 

5Lancang kuning lancang pusaka,
     Lancang tidak boleh berganti;
Biar kering laut Melaka,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRIMOGENITUR

Primogenitur ialah sistem pewarisan yang

diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak

beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung

dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki

yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka

(tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya.

UMUM 
FARAID

Faraid, ilmu pembahagian pusaka kepada waris-waris si mati yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunah.

AGAMAKonsep
K. BALI

K. BALI (1933 -        ), penulis. Dia lahir pada 15 Jun 1933 di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim Abdullah. Selain K. Bali, dia juga menggunakan nama pena Gelora Jiwa, Arjuna, Setia, Gema Sukma, Liba K, Pahlawan Pusaka, Bibaliwati, Kawat dan Kawat Berduri.

SASTERATokoh
DOL RAMLI, TAN SRI

Dol Ramli, Tan Sri (1922-    ), tokoh penyiaran. Beliau juga adalah pencipta lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan penulis lirik lagu Tanah Pusaka.

KESENIANTokoh
KENANG-KENANGAN SELANGOR

KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor.  Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan.  Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
RUMAH ITU DUNIA AKU

RUMAH ITU DUNIA AKU, novel karya Hamzah Hussin.  Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1951 dengan menggunakan tulisan jawi.  Pada tahun 1958, ia dicetak dengan judul Anak Gundik.  Pada tahun 1964, ia dicetak dengan menggunakan tulisan rumi oleh Penerbitan Pusaka Melayu Baru.  Pada tahun 1989, Rumah Itu Dunia Aku diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama novel Hamzah yang lain dalam satu buku yang diberi judul Novel-Novel Hamzah yang diselenggarakan dan diberi kata pengantar oleh S. Othman Kelantan.

SASTERAKarya
TUK LUKUSTUK LUKUS, orang yang dianggap berwibawa, dihormati dan berpengaruh dalam masyarakat Iranun.  Perkataan ‘lukus’ bererti tua atau sudah tua.  Oleh itu telah menjadi satu tradisi dalam budaya Iranun, untuk menjadikan orang tua tempat mengadu dan menyelesai masalah yang timbul dari semasa ke semasa dalam masyarakat.  Biasanya, masalah yang dirujuk kepada tuk lukus untuk penyelesaian adalah yang berkaitan dengan hukum adat, jenayah, pertengkaran suami isteri, pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian dan sebagainya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 

Kembali ke atas