PRIMOGENITUR | Primogenitur ialah sistem pewarisan yang diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka (tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya. | UMUM | |
FARAID | Faraid, ilmu pembahagian pusaka kepada waris-waris si mati yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan al-Sunah. | AGAMA | Konsep |
K. BALI | K. BALI (1933 - ), penulis. Dia lahir pada 15 Jun 1933 di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim Abdullah. Selain K. Bali, dia juga menggunakan nama pena Gelora Jiwa, Arjuna, Setia, Gema Sukma, Liba K, Pahlawan Pusaka, Bibaliwati, Kawat dan Kawat Berduri. | SASTERA | Tokoh |
DOL RAMLI, TAN SRI | Dol Ramli, Tan Sri (1922- ), tokoh penyiaran. Beliau juga adalah pencipta lagu Bahasa Jiwa Bangsa dan penulis lirik lagu Tanah Pusaka. | KESENIAN | Tokoh |
KENANG-KENANGAN SELANGOR | KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor. Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan. Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
RUMAH ITU DUNIA AKU | RUMAH ITU DUNIA AKU, novel karya Hamzah Hussin. Novel ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1951 dengan menggunakan tulisan jawi. Pada tahun 1958, ia dicetak dengan judul Anak Gundik. Pada tahun 1964, ia dicetak dengan menggunakan tulisan rumi oleh Penerbitan Pusaka Melayu Baru. Pada tahun 1989, Rumah Itu Dunia Aku diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama novel Hamzah yang lain dalam satu buku yang diberi judul Novel-Novel Hamzah yang diselenggarakan dan diberi kata pengantar oleh S. Othman Kelantan. | SASTERA | Karya |
TUK LUKUS | TUK LUKUS, orang yang dianggap berwibawa, dihormati dan berpengaruh dalam masyarakat Iranun. Perkataan ‘lukus’ bererti tua atau sudah tua. Oleh itu telah menjadi satu tradisi dalam budaya Iranun, untuk menjadikan orang tua tempat mengadu dan menyelesai masalah yang timbul dari semasa ke semasa dalam masyarakat. Biasanya, masalah yang dirujuk kepada tuk lukus untuk penyelesaian adalah yang berkaitan dengan hukum adat, jenayah, pertengkaran suami isteri, pembahagian harta pusaka dan harta sepencarian dan sebagainya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL | Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945 M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967. Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’ fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di universiti yang sama. | UMUM | |