BULAN ISLAM | Bulan yang teah ditentukan oleh Allah S.W.t. berdasarkan pusingan satelit bulan yang bergerak mengelilingi bumi. | AGAMA | Konsep |
TAHUN | Tahun ialah masa yang diambil oleh bumi untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari. Terdapat dua jenis tahun yang berbeza yang digunakan oleh ahli astronomi. Tahun suria, ekuinoks atau tropika ialah masa di antara dua laluan matahari melalui “ekuinoks musim bunga” yang berlaku pada bulan Mac. Di Hemisfera Utara ekuinoks ini dipanggil ekuinoks vernal. Panjang tahun ini ialah 365 hari, 5 jam, 48 minit, dan 46 saat. Tahun ini digunakan bagi semua tujuan praktik dan astronomi, dan menjadi asas tahun biasa atau tahun kalendar kita. | UMUM | |
MESINGAN | Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter. Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai senjata berat dan biasanya mempunyai penahan. | UMUM | |
AZIMUT | Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 ° ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut. Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S 135 ° B. | UMUM | |
NOMAD | Nomad ialah orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna orang yang merayau mencari padang ternakan. Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad biasanya berpindah menggunakan haiwan atau kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini, sesetengah orang nomad mengembara menggunakan kenderaan bermotor. | UMUM | |
NORFOLK | Norfolk di England, ialah kaunti Broads, jalan air yang panjang, bermensiang dan tasik yang dikunjungi oleh beribu-ribu orang yang bercuti dan mereka yang berminat belayar setiap tahun. Norfolk mempunyai banyak kincir air, gereja yang cantik, dan kotej yang dibina daripada flin. Fens, ciri yang tersendiri topografi Norfolk, adalah kawasan tanah rendah berpaya. Norfolk adalah kaunti perladangan utama. Peladangnya pada tahun 1700-an adalah antara yang pertama menggunakan kaedah perladangan baru, seperti pusingan tanaman. | UMUM | |
SUKAN KERETA LUNCUR | Sukan kereta luncur juga dikenali kereta gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua atau empat orang meluncur di lereng yang curam dengan menggunakan kereta luncur salji yang diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150 kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa keseluruhan yang paling cepat selepas menghabiskan empat pusingan memenangi acara ini. | UMUM | |
LARI BERHALANGAN | Lari berhalangan ialah acara lumba lari dalam jarak yang tertentu yang memerlukan pesertaatlet melompat pagar dan melompat air dalam setiap pusingan. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
SHINTY, | Shinty sejenis permainan yang dimainkan di Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd. Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan. Permainan ini serupa dengan permainan hoki, tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit. Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah untuk merebut Piala Pusingan Persatuan Camanachd. | UMUM | |