PUSTAKA ANTARA | PUSTAKA ANTARA, penerbit dan pembekal buku yang pertama di Semenanjung Malaysia. Pustaka Antara ditubuhkan pada tahun 1952, oleh Abdul Aziz bin Ahmad dan didaftarkan pada 13 Mei 1957. Pada mulanya Pustaka Antara beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah kedai di Jalan Raja Muda pada tahun 1956. Pada tahun 1975, Pustaka Antara berpindah ke bangunan miliknya sendiri di No. 399A, Jalan tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD. | PUSTAKA PENDIDIKAN SDN. BHD., penerbit. Pada asalnya, penerbit buku teks di Kluang, Johor ini diusahakan oleh dua orang ahli perniagaan buku di daerah Kluang iaitu Teng Kerk Fui dan Koh Yee Cheng pada awal tahun 1963. Sebelum berjaya menubuhkan percetakan sendiri, buku teks terbitan Pustaka Pendidikan dicetak di Singapura. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PANDJI PUSTAKA | PANDJI PUSTAKA, majalah kebudayaan yang terbit pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Ia diterbitkan oleh Komumin Toshokyoku (Balai Pustaka), Jakarta pada tahun 1942. Pandji Pustaka mengandungi 32 halaman. Alamat redaksi dan pentadbiran yang terakhir adalah di Jalan Pancar, Jakarta. Majalah ini dipimpin oleh K. Sutan Pamoentjak (Pemimpin Umum) dan Armijn Pane (Pemimpin Redaksi), manakala redaktur budayanya ialah Sutan Takdir Alisyahbana dan H.B. Jassin. | SASTERA | Penerbitan |
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), badan pembinaan dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan penerbitan dalam bahasa Melayu. | UMUM | |
PT DUNIA PUSTAKA JAYA | PT DUNIA PUSTAKA JAYA, penerbit buku Indonesia. Penerbit ini ditubuhkan oleh Yayasan Jaya Raya pada 27 April 1971 dengan pinjaman modal sebanyak Rp20 juta. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA | DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, badan pembinaan dan pengembangan bahasa, kesusasteraan, dan penerbitan dalam bahasa Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1956. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi kepada badan ini membolehkannya menggubal dasar tentang pelaksanaan matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAM | DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, BRUNEI DARUSSALAM, sebuah institusi kerajaan yang bertanggungjawab meningkatkan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu – bahasa rasmi negara. Institusi ini di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan diterajui oleh seorang Pengarah. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
PUSTAKA NASIONAL | PUSTAKA NASIONAL, penerbit Melayu Singapura. Pustaka Nasional ditubuhkan di Singapura pada tahun 1963 di No. 40, Kandahar Street. Pengasasnya ialah Syed Ahmad Semait. Tujuan utama pustaka ini ditubuhkan adalah untuk mengisi kurangnya penerbitan buku-buku dan majalah berbahasa Melayu di Singapura. Pada masa itu, kebanyakan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu di bawa masuk dari Indonesia. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
BALAI PUSTAKA | BALAI PUSTAKA, badan kerajaan yang diberi tugas oleh pemerintah Indonesia untuk menerbitkan buku-buku yang bermutu bagi bacaan para pelajar sekolah dan juga untuk bacaan umum. Badan ini pada mulanya didirikan oleh penjajah Belanda pada tahun 1908 dengan nama Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur iaitu Suruhanjaya untuk Sekolah Peribumi dan Bacaan Rakyat. Suruhanjaya ini dianggotai oleh enam orang ahli jawatankuasa dengan dipengerusikan oleh Dr. G.A.J. Hazeu. Tugas Suruhanjaya ini adalah untuk memilih tulisan yang baik untuk digunakan di sekolah-sekolah dan dijadikan bacaan rakyat. Kerajaan Belanda berbuat demikian dengan tujuan untuk menyekat penerbitan bahan-bahan lain yang mengganggu dasar penjajahan mereka di samping untuk menerbitkan bahan-bahan yang dapat menonjolkan kekuasaan Belanda. Pada tahun 1917, Suruhanjaya tersebut ditukar namanya kepada Kantoor voor de Volkslectuur atau Kantor Bacaan Rakyat atau yang lebih terkenal dengan nama Balai Pustaka, dan Dr. D. A. Ringkes dilantik menjadi ketuanya. | BAHASA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DEWAN SISWA | DEWAN SISWA, majalah bulanan khusus untuk golongan remaja dan pelajar sekolah menengah. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur sejak Januari 1979, dengan moto “Bulanan Pengetahuan dan Kreatif Siswa Menengah”. Majalah ini berukuran 21 cm x 28 cm. Anggota sidang pengarang pertama majalah ini terdiri daripada M. Noor Azam sebagai ketua pengarang, Haji Ahmad Ismail (Ajikik) sebagai pengarang, Jaafar Abdul Rahim, Mohammad Bahadon dan Kamariah Yusof sebagai penolong pengarang. | SASTERA | Penerbitan |