Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pus.ta.ka.wan] | ڤوستاکاون

Definisi : orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan; kepustakawanan hal (ciri, sifat, fungsi dsb) yg berkaitan dgn pustakawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pus.ta.ka.wan] | ڤوستاکاون

Definisi : orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam ttg perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan; ahli perpustakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pustakawan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACLEISH, ARCHIBALD

MacLeish, Archibald (1892–1982) ialah penyair

(pemuisi), dramatis dan pengkritik Amerika. Dia juga

berkhidmat sebagai pustakawan kongres pada tahun

1939 hingga tahun 1944 dan sebagai pembantu

setiausaha negara pada tahun 1944 dan tahun 1945.

UMUM 
SOLANDER, DANIEL CHARLES

Solander, Daniel Charles (1736–1782) ialah

ahli alamiah Sweden. Pada tahun 1768, ahli

alamiah Inggeris, Sir Joseph Banks mengupah

Solander sebagai pembantu saintifik dalam

pelayaran penjelajahan pertama James Cook.

Solander menjadi setiausaha dan pustakawan

Bank, dan bekerja dengannya dalam beberapa

buah projek sejarah alamiah.

UMUM 
NOMBOR PIAWAI BUKU ANTARABANGSA

Nombor piawai buku antarabangsa (ISBNInternational

Standard Book Number) ialah

sekumpulan sepuluh nombor untuk mengenal pasti

buku dan penerbitnya. Nombor piawai buku

antarabangsa, dikenali juga sebagai ISBN,

memudahkan proses memesan buku. Penjual buku,

pustakawan, dan lain-lain yang mengendalikan

jumlah buku yang besar boleh menghantar dan

menerima pesanan lebih cepat menggunakan ISBN.

UMUM 
NORMAN, LILITH

Norman, Lilith (1927– ), penulis buku kanak-

kanak Australia, mendapat pujian kerana gaya

penulisannya yang benar dan berterus terang dalam

novelnya. Novelnya yang pertama, Climb a Lonely

Hill (1970), memperkatakan tentang masalah kanak-

kanak yang ketagihan arak. Novelnya yang lain

termasuk The Shape of Three (1971), The Flame

Takers (1973), Mocking-Bird Man (1977), A Dream of

Seas (1978), dan My Simple Little Brother (1979).

Norman lahir dan menuntut di Sydney dan dilatih

sebagai pustakawan. Dia menjadi penolong editor

School Magazine pada tahun 1970.

UMUM 

Kembali ke atas