PUTERA WALES | Putera Wales ialah gelaran yang diberikan kepada waris putera sulung takhta kerajaan United Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun telah melepaskan gelaran tersebut. Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales, yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301, Edward memberikan gelaran itu kepada putera sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang dikenali sebagai Edward II. Semenjak pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris putera sulung takhta kerajaan Britain menerima gelaran ini. | UMUM | |
DIANA, PRINCESS OF WALES | Diana, Princess of Wales (1961–1997) ialah kerabat diraja British dan isteri Putera Wales (lihat Charles, Prince). Dia ibu Putera William dan Putera Henry, iaitu putera diraja Wales. | UMUM | |
PUTERA | Putera ialah gelaran yang tertinggi golongan bangsawan. Perkataan ini berasal dari perkataan Latin , princeps , bermakna pertama . Perkataan princeps digunakan sebagai gelaran kepada pegawai awam dan tentera Rom purba. Puak Visigoth dan Lombard Jerman yang tinggal dalam Empayar Rom menggunakan perkataan putera bagi maksud kuasa kebebasan. | UMUM | |
PUTERA SHOTOKU | Putera Shotoku , (573–621) ialah negarawan Jepun dan sarjana agama. Pada tahun 604, baginda memperkenalkan undang-undang bertulis Jepun yang pertama dikenali iaitu Perlembagaan Artikel Tujuh Belas. | UMUM | |
PUTERA PHILIP | Putera Philip (1921– ) ialah suami kepada Ratu Elizabeth II dari Great Britain. Gelaran penuhnya ialah His Royal Highness The Prince Philip, Duke of Edinburgh, Earl of Merioneth, Baron Greenwich. | UMUM | |
PUTERA KONOYE | Putera Konoye (1891–1945). Fumimaro Konoye, negarawan Jepun pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
PUTERA GUNUNG TAHAN | PUTERA GUNUNG TAHAN, novel karya Ishak Haji Muhammad. Novel ini diterbitkan pada tahun 1938 oleh Jamiliah Press, Muar. Novel ini telah dicetak kali kedua oleh Geliga Ltd., Singapura pada tahun 1957 dan oleh Pustaka Budaya Ageng, Petaling Jaya pada tahun 1973. Cetakan pertama dan kedua menggunakan tulisan Jawi sementara cetakan ketiga menggunakan tulisan Rumi. | SASTERA | Karya |
MACDONALD, FLORA | MacDonald, Flora (1722–1790), menjadi serikandi Scotland kerana membantu Putera Charles Edward Stuart melarikan diri ke Pulau Skye selepas kekalahannya di Culloden, Scotland pada tahun 1746. Mengikut sejarah, dia telah memujuk putera tersebut supaya menyamar diri dengan berpakaian perempuan. Apabila terserempak, MacDonald menyatakan bahawa putera itu ialah pembantunya. Kerana peranannya dalam penyamaran itu, dia dipenjarakan di Tower of London. Dia dibebaskan pada tahun 1747. MacDonald menjadi terkenal dan banyak memperoleh wang daripada para peminatnya. | UMUM | |
TUN SABAN | TUN SABAN (1480-an – 1550-an), pemerintah daerah hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Tempong, Tun Saban juga dikenali sebagai Tun Saban. Tun Saban dikatakan berketurunan raja Beruas. Ini berdasarkan anggapan bahawa raja Beruas yang telah dinobatkan oleh Sultan Mahmud pada awal abad ke-16 dahulu membawa gelaran Tun Aria Bija Diraja. Putera-putera baginda juga memakai gelaran Tun misalnya Tun Rana dan Tun Sayid. Bagaimanapun asal usul dan salasilah Tun Saban yang sebenarnya tidak dapat diketahui dengan jelas. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NAPOLEON II | Napoleon II (1811–1832), Duke of Reichstadt, ialah putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya, dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu gembira. Baginda menganugerahkan puteranya dengan gelaran raja Rom. | UMUM | |