Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis; bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puyuh I

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mati puyuh hendakkan ekor.

Bermaksud :

Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUYUH

Puyuh ialah sejenis burung kecil yang serumpun

dengan famili kuang bayas, ayam hutan, grouse,

ayam belanda, dan ayam mutiara. Burung ini hidup

di padang rumput, belukar dan kawasan paya di

setiap benua, kecuali Antartika. Terdapat sebanyak

45 spesies burung puyuh. Burung ini selalunya

diburu untuk dimakan.

UMUM 
AKORN

Akorn ialah kekeras yang dihasilkan oleh

pelbagai jenis pokok oak. Di Eropah dan

sesetengah kawasan di Amerika Syarikat, akorn

digunakan sebagai makanan bagi babi. Banyak

burung dan mamalia liar, termasuk puyuh, rusa,

dan tupai memakan akorn.

UMUM 

Kembali ke atas