PYTHAGORAS | Pythagoras (580? S.M.–? S.M.) ialah ahli falsafah dan matematik Yunani. Pythagoras terkenal dengan formula teorem Pythagoras , tetapi hukum teorem tersebut telah diketahui dahulu (lihat Teorem Pythagoras ). | UMUM | |
TEOREM PYTHAGORAS | Teorem Pythagoras , dalam geometri, menyatakan bahawa dalam segi tiga bersudut tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan dengan jumlah kuasa dua bagi dua sisi yang lain. Segi tiga bersudut tegak mempunyai satu sudut yang bersamaan dengan 90 ° . Hipotenus ialah sisi yang bertentangan dengan sudut tegak. Formula teorem Pythagoras ditulis sebagai: c²= a² + b ² | UMUM | |