QUEENSLAND | | UMUM | |
NASH, JAMES | Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang menemui kawasan emas di Gympie, Queensland, Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang penemuan emas memulakan salah satu daripada kerubut emas yang terkenal dalam sejarah Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun 1888, kerajaan Queensland memberinya kerja sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie. Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh tan metrik batu granit didirikan sempena menghormatinya di Taman Gympie. Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah ke Australia pada tahun 1857. | UMUM | |
PALMER | Palmer ialah sebatang sungai di utara Queensland , Australia. Di sinilah terdapat tapak lombong emas pertama yang besar dan menguntungkan yang ditemui di Queensland. | UMUM | |
SEMENANJUNG CAPE YORK | Semenanjung Cape York terletak di hujung utara Queensland, Australia. Semenanjung ini menganjur 800 kilometer ke utara dari Cairns dan meliputi kawasan seluas lebih kurang 230 000 kilometer persegi. Satu juluran tanah tinggi timur di sepanjang pantai timur. Dataran yang menganjur rendah rata menganjur ke Teluk Carpentaria di sebelah barat. Petani di kawasan selatan menternak biri-biri dan lembu daging. Salah satu daripada lombong bauksit terbesar di dunia terletak di Weipa di barat semenanjung ini. Lihat juga Queensland (peta). | UMUM | |
AYR | Ayr (pend. 9012) ialah bandar utama bagi Shire of Burdekin di Queensland, Australia. Ia merupakan pusat perdagangan kawasan perdagangan Clare, Millaroo dan Dalbeg. Ayr terletak di delta Sungai Burdekin di salah satu kawasan pengeluaran gula dan beras yang terutama di Australia. Ia juga terletak di lebuh raya utama utara dan jalan kereta api di pantai timur laut tengah Queensland, kira- kira 80 kilometer ke selatan Townsville. Ayr mula diukur pada tahun 1882 dan dinamakan pada tahun 1883. | UMUM | |
DATARAN TINGGI BARKLY | Dataran Tinggi Barkly ialah penara yang luas di Wilayah Utara dan Queensland, Australia. Dataran ini terletak selari dengan pantai selatan Teluk Carpentaria, kira-kira dari Daly Waters hingga Mount Isa. Ia terletak lebih daripada 300 meter berhampiran sempadan di antara Wilayah Utara dengan Queensland. Kawasan ini merupakan kawasan ragut terbaik di Wilayah Utara. | UMUM | |
MILES, JOHN CAMPBELL | Miles, John Campbell (1883–1965), pencari gali Australia yang menemukan singkapan bijih perak-plumbum di Queensland pada tahun 1923 dan menamakannya Mount Isa. Pada tahun 1925, Mount Isa Mines Limited mengambil alih semua pajakan di kawasan tersebut. Pada tahun 1942, syarikat itu menemukan sebuah kawasan lipit kuprum yang luas dan dalam, dan Mount Isa pun menjadi sebuah bandar yang kaya (lihat Mount Isa). Miles lahir di Melbourne, Victoria. Dia bekerja di ladang di barat Victoria, New South Wales, dan Queensland sebelum menjadi pencari gali emas pada tahun 1908. | UMUM | |
ROMA | Roma (pend. 6220) ialah sebuah bandar di selatan Queensland, Australia, yang terkenal dengan simpanan gas aslinya. | UMUM | |
TELUK MORETON | Teluk Moreton ialah serokan yang besar di pantai tenggara Queensland, Australia, kira-kira 29 kilometer dari Brisbane. Teluk Moreton mempunyai pelabuhan di Sungai Brisbane membentuk pintu masuk. Tiga buah pulau besar, iaitu Bribie, Moreton dan Stradbroke Utara mengelilingi sebahagian teluk ini. Pulau-pulau ini merupakan kawasan pelancongan yang terkenal. Pulau Stradbroke mempunyai mendapan mineral pasir yang penting. Pulau Moreton dikenali dengan bukit pasirnya, kadangkala ketinggiannya mencapai 275 meter. | UMUM | |
MACKAY | Mackay (pend. 38 603) ialah bandar di pantai timur Queensland Australia, iaitu kira-kira 950 kilometer di utara Brisbane. Bandar ini terletak di tebing sungai Pioneer. | UMUM | |