Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi radium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200); 2. huruf ke-11 abjad Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ra


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-RA'D

Surah al-Ra’d ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah ke-13 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 43 ayat. Surah

ini dinamakan al-Ra‘d (bunyi guruh) kerana disebut

kejadian alam (bunyi guruh) yang ajaib itu di dalam

surah ini untuk menunjukkan kehebatan dan

kekuasaan Allah S.W.T. Allah S.W.T. menjadikan air

sebagai sumber kehidupan yang diturunkan dari

awan. Di sebalik kejadian awan itu, tersirat pula

dua perkara iaitu rahmat dan bencana kerana ia

membawa hujan dan juga petir. Melalui air,

wujudnya kehidupan dan melalui petir, wujudnya

kebinasaan.

UMUM 
RE

Re, juga dieja Ra, ialah dewa matahari dalam

mitologi Mesir. Re ialah dewa yang popular dan

sering dikumpulkan bersama dewa Mesir yang

lain. Oleh itu, dia sering kali digambarkan dalam

pelbagai bentuk. Dewa matahari sering

digambarkan sebagai sebuah cakera matahari

yang ringkas. Dia juga muncul sebagai seorang

kanak-kanak yang keluar dari sekuntum bunga

teratai, dan sebagai seekor burung, singa, dan

kucing.

UMUM 
SHORAN

Shoran (kependekan bagi short range navigation)

ialah sistem elektronik yang digunakan untuk

pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang

menggunakan shoran menghantar isyarat radio

ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula

isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan.

Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara

penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran

mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa

tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II

oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri

swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah.

UMUM 
MUNAWIY, MUHAMMAD AL-

Munawiy, Muhammad al- (952 H.–1031 H./

1554 M.–1622 M.), pakar bahasa yang mahir dalam

pelbagai bidang ilmu. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd al-Ra’uf Taj al-‘Arifin. Dia

banyak melakukan kajian dan penulisan sehingga

jatuh sakit dan tidak berdaya. Anaknya, Taj al-Din

Muhammad menyambung tugasnya dengan

menulis hasil karyanya. Al-Munawiy menetap di

Kaherah dan meninggal dunia di sana. Dia berjaya

menghasilkan kira-kira 80 buah buku. Antaranya

ialah Kunuz al-Haqa’iq, Fayd al-Qadir, Sharh al-Jami‘

al-Saghir, Mukhtasar al-Taysir, Sharh Shama’il al-

Tarmidhiy, Sirah ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, Sharh

Alfiyyah al-‘Iraqiy, Sharh al-Qamus al-Muhit dan

lain-lain lagi.

UMUM 
BARJASA

BARJASA, sebuah parti politik. Nama penuhnya ialah Barisan Ra'ayat Jati Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
QARI AL-HARAWIY, AL -

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an.

Qari al-Harawiy, al- (?–1014 H./–1605 M.) ialah

pentafsir dan pensyarah kitab al-Qur’an. Nama

penuhnya Ali ibn Muhammad Abu Hassan al-

Harawiy. Dia lahir di Hirah, kemudian berpindah

dan menetap di Makkah sehinggalah dia

meninggal dunia. Kitab-kitab yang dikarangnya

ialah Marqah al-Mafatih li Mashkah al-Masabih;

Tazkirah al- Mawdua’t; al-Masnu’ fi Ma‘rifah al-

Mawdu‘; Talkhis al-Qamus; Syarh al-Ra’iyyah fi

Rasm al-Mashaf; Syarh al-Risalah al-Qushaiyriyyah;

Anwar al-Qur’an wa Asrar al-Furqan dan

sebagainya.

UMUM 

Kembali ke atas