Muslim ibn ‘Uqbah ibn Rabah al-Murriy ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut serta dalam peperangan Siffin bersama-sama tentera Mu’awiyah dalam barisan tentera jalan kaki. Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn Mu’awiyah r.a. sebagai panglima umum untuk menundukkan penduduk Madinah yang memberontak terhadap Yazid serta penentangnya. Abu ‘Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./ 683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam sejarah sebagai <i>pertempuran al-Harrahi>. |