Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- (1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam, Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah, berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al- Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al- Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud- Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al- Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al- Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al- Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al- Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al- Banna meninggal dunia di Kaherah. |