Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : koyak, robek (memanjang): bibirnya ~; robat-~ koyak-koyak; telinga ~ dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin prb pemuliaan kpd yg tidak patut dimuliakan; merabit mencabik panjang, merabik pan­jang: ~ muncung Mn berteriak keras-keras; merabitkan menyebabkan rabit: ditariknya baju yg tersangkut pd cangkuk itu kuat-kuat sehingga ~ bahagian kolarnya; rabik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : koyak atau pecah memanjang. merabitkan menyebabkan rabit: Ditariknya baju yg tersangkut pd cangkuk itu hingga ~ bahagian kolarnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rabit (adjektif)
Bersinonim dengan rabik, robek, cabik, carik, rabak, kerabik, kerabit, sobek, sumbing;,
Kata Terbitan : merabit,

Peribahasa

Telinga rabit dipasangi subang.

Bermaksud :

Tidak pada tempat yang selayaknya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ALISULTAN ALI (  ?  -1871), Sultan Perak yang ke-24 (1865-1871). Baginda bergelar Sultan Ali al-Mukammal Inayat Syah menggantikan Sultan Jaafar Muazzam Syah yang mangkat pada 20 Mac 1865. Baginda bersemayam di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Semasa baginda menjadi sultan, Raja Abdullah telah dilantik sebagai Raja Muda dan bersemayam di Batak Rabit, manakala Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara dan bersemayam di Belanja. Sultan Ali mewarisi pemerintahan yang kurang stabil disebabkan perebutan takhta di kalangan keluarga diraja, pergaduhan antara orang Cina di kawasan perlombongan bijih timah di Larut, dan minat awal yang ditunjukkan oleh British untuk campur tangan di Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUHD. MANSUR ABDULLAH MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945-    ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok ”Tanjung Oh Tanjung” dalam akhbar Mingguan Timur, ”Paku Karat” dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. SASTERATokoh

Kembali ke atas