Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.bu] | رابو

Definisi : Mn paru-paru; besar ~ Mn bodoh, dungu; dendeng ~ sj makanan drpd paru-paru; sakit ~ sakit paru-paru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bu] | رابو

Definisi : ; ~ kembang a) sj tumbuhan (pokok renek), akar serimbung, julung jantan, Alchonea rugosa (javenis); b) sj tumbuhan (pokok renek), melur jawa, rompok setum­puk, Clerodendron fragrans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bu] | رابو

Definisi : hari keempat dlm seminggu, selepas hari Selasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bu] | رابو

Definisi : , = hari ~ hari yg keempat dlm sesuatu minggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabu

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABU

Rabu ialah nama hari keempat dalam seminggu.

Dalam bahasa Inggeris hari Rabu disebut

Wednesday . Hari tersebut mendapat namanya

daripada Woden, atau Odin, iaitu ketua dewa dalam

mitologi Teutonik yang dianggap suci. Pada awal era

Kristian, orang Jerman menggelarnya hari Woden.

Kemudian, nama tersebut ditukar kepada

Wednesday. Orang Rom menamakan hari keempat

dalam seminggu ini sempena planet Utarid (Mercury),

yang dipercayai mengawal jam pertama pada hari itu.

Planet itu pula telah dinamakan sempena dewa

Merkuri. Dari sinilah timbulnya perkataan Latin Dies

Mercurii . Bahasa Rom yang berasaskan bahasa Latin

masih mengekalkan nama ini. Contohnya bahasa

Perancis menggelar Wednesday sebagai mercredi .

Rabu berasal daripada bahasa Arab al- Arbi‘a’ , iaitu

hari keempat dalam seminggu.

UMUM 
HARI RABU ASH UMUM 
SELASA

Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya

( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada

perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon

bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba

Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki

kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday

(Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang

Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena

nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove

Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian

kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan

paderi pada hari itu dan orang yang mengaku

kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa

Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi.

Lihat juga Minggu.

UMUM 
MANDI SAFAR

MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’.

      Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan.

BUDAYAKepercayaan
SAUDARA

SAUDARA, akhbar tulisan Jawi. Akhbar ini mula diterbitkan pada 29 September 1928 di Pulau Pinang.  Mulai tahun 1936, akhbar ini diterbitkan pada hari Rabu dan Sabtu.  Moto akhbar ini ialah “Warta Am, Pelajaran-Pengetahuan, Perkhabaran”.  Pada bahagian atas akhbar ini ditulis “Majulah Ke hadapan  Wahai Saudara.”

SASTERAPenerbitan
PEWARTA DELIPEWARTA DELI, akhbar Melayu yang pertama diterbitkan di Medan, Sumatera, Indonesia. Pewarta Deli diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, sebuah syarikat percetakan yang diasaskan oleh Dja Endar Moeda bersama-sama beberapa orang Batak Mandailing dan Angkola-Sipirok. Akhbar ini mula diterbitkan pada awal bulan Januari 1910, setiap hari Rabu dan Sabtu, dan kemudiannya terbit sebagai akhbar harian.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
SEKOLA MELAYU

SEKOLA MELAYU,  akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura.  Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari  Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu.  Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura.

BAHASAKitab
SAHABAT

SAHABAT, akhbar bertulisan jawi sebelum Perang Dunia Kedua.  Sahabat mula diterbitkan pada 15 Februari 1939 oleh Mohd. Tamim bin Deman dan dicetak oleh Al-Huda Press di Pulau Pinang.  Akhbar yang mengandungi 44 halaman ini diterbitkan tiga kali seminggu, iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.  Pengarang yang menjayakan penerbitan Sahabat ialah Syed Ahmad bin Syekh, Haji Abdul Aziz bin Syekh Rahmat, Ahmad Boestamam, Ahmad Noor Abdul Shukor (Adnan al-Fikri) dan Mohd. Samin Taib.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas