Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, meng­ubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabun I

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABUN DEKAT

Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan

yang menyebabkan seseorang dapat melihat

objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat

melihat objek yang dekat dengan jelas. Para

doktor memanggil keadaan ini sebagai <i> hiperopia i> .

Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata

seseorang itu terlampau pendek dari depan ke

belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu

objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum

sampai ke fokus.

UMUM 
KANTA SENTUH

Kanta sentuh ialah peranti yang digunakan

untuk membaiki rabun jauh atau rabun dekat.

UMUM 
MIOPIA

Miopia juga dikenali sebagai <i>rabun jauh i>ialah

kecacatan penglihatan yang menyebabkan

penglihatan objek jauh yang kabur. Biasanya

penglihatan objek dekat masih jelas, kecuali untuk

kes-kes miopia yang keterlaluan. Bagi pembentukan

imej, sinaran cahaya yang dipantulkan atau

dipancarkan oleh sesuatu objek mesti bertemu di

retina. Retina ialah tisu peka cahaya yang terdapat di

belakang dan di sisi biji mata. Bagi kebanyakan

orang yang miopia, biji mata lebih panjang daripada

normal dari hadapan ke belakang. Akibatnya,

sinaran cahaya dari objek yang jauh bertemu di

depan retina. Apabila sinaran mengenai retina, imej

yang terbentuk adalah kabur.

UMUM 

Kembali ke atas