| RADEN ADJENG KARTINI | nasionalis dan pelopor emansipasi wanita Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA | RADEN NGABEHI RANGGAWARSITA (1802–1873), pujangga Jawa Lama, Indonesia. Dia lahir pada 4 Mac 1802 di Kampung Kedhung Kol, Surakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Bagus Burham tetapi nama ini terus tenggelam kerana dia lebih cenderung menggunakan gelaran Raden Ngabehi Ranggawarsita yang diperolehnya sewaktu menyandang jawatan Panewu Carik Kadipaten (Pujangga Istana) pada tahun 1831. Gelaran Kiai Sarataka yang diperolehnya pada tahun 1820-an juga tidak digunakan | SASTERA | Tokoh |
| KARTINI, RADEN AJENG | Kartini, Raden Ajeng (1879–1904), salah seorang wanita pertama Indonesia yang berkempen untuk mendapatkan pendidikan, kebebasan dan kemerdekaan yang lebih untuk kaum wanita. | UMUM | |
| SUNAN DERAJAT | SUNAN DERAJAT ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Dia lahir di Ampel. Nama sebenarnya ialah Raden Syariffudin. Ada sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Raden Qasim. Sunan Derajat adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berjasa dalam mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. Bapanya bernama Sunan Ampel, manakalanya ibunya bernama Dewi Candrawati. Sunan Derajat juga adik Raden Makhdum Ibrahim atau Sunan Bonang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SULTAN HAMENGKU BUWONO IX | SULTAN HAMENGKU BUWONO IX (1912-1988), Sultan dan Kepala Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Baginda diputerakan pada 12 April 1912 di Yogyakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gusti Raden Mas Dorodjatun. Sejak berusia empat tahun, Dorodjatun tidak pernah dididik di lingkungan keraton. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Frobel. Dalam usia enam tahun, baginda bersekolah di Europese Lagere School (ELS). Setelah tamat, baginda melanjutkan pelajarannya di Hogere Burger School (HBS) di Semarang, kemudian pindah ke HBS di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR | TUN PERPATIH PERAMUKA BERJAJAR ( ? – ?), bendahara kerajaan Melayu Melaka. Nama asalnya ialah Raden Bagus. Mengikut Sulalatus Salatin, dia adalah putera sulung Raja Muda Melaka yang telah menggantikan ayahandanya Raja Iskandar Syah sebagai raja Melaka. Dia adalah menantu bendahara Tun Perpatih Tulus, iaitu bendahara Melaka yang pertama. Setelah Bendahara Tun Perpatih Tulus meninggal dunia, Raja Muda telah melantik Raden Bagus menjadi bendahara dengan gelaran Tun Perpatih Peramuka Berjajar. Dia dan pembesar-pembesar lain telah berusaha membantu raja Melaka membangun dan memajukan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SUNAN MURIA | SUNAN MURIA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raden Umar Said. Seperti bapanya, Sunan Kalijaga, Sunan Muria, juga salah seorang ahli Walisongo yang terkenal di Jawa pada abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SUNAN KALIJAGA | SUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia. Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban. Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi. Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama. Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya. Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| SUNAN BONANG | SUNAN BONANG ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raden Makhdum Ibrahim. Dia adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| BALAMBANGAN | BALAMBANGAN, kerajaan Hindu yang terakhir selepas kejatuhan kerajaan Majapahit dan penyebaran agama Islam antara abad ke-15 hingga abad ke-16, terletak di timur Pulau Jawa. Penyisihan Balambangan dari dunia Islam telah berakhir dengan sebuah legenda yang terdapat dalam Sejarah Melayu yang menghubungkaitkannya dengan kemunculan sebuah kerajaan Islam di Giri. Mengikut legenda ini, seorang pendakwah Islam dari Pasai yang bernama Maulana Ishak telah berkahwin dengan puteri pemerintah Balambangan. Keengganan pemerintah Balambangan memeluk Islam, menyebabkan Maulana Ishak meninggalkan negeri itu. Walaupun telah ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya, Raden Paku, putera Maulana Ishak, telah dibesarkan sebagai seorang Islam. Setelah menyempurnakan ibadat haji, Raden Paku telah mendirikan sebuah masjid di Giri dan akhirnya baginda ditabalkan sebagai Sunan Giri yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |