RADIKAL | | UMUM | |
SAYAP KIRI | Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini berasal daripada badan perundangan Perancis yang pertama selepas Revolusi Perancis. Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan speaker, sementara ahli majlis perundangan yang lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri. Kemudian, masyarakat seluruh dunia menggunakan istilah kiri dan kanan untuk menunjukkan dua pemahaman politik yang bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan konservatisme. Pada umumnya, kumpulan berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi daripada kebebasan individu. Sebaliknya, kumpulan berhaluan kanan menganggap kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini, kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan sosialisme atau komunisme. | UMUM | |
PERIKATAN NASIONAL INDONESIA | Parti politik beraliran nasionalis radikal di Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SHEKHAR, CHANDRA | Shekhar, Chandra (1927– ), ahli politik radikal India, berkhidmat sebagai Perdana Menteri India dari tahun 1990 hingga tahun 1991. Dia telah menjadi Presiden Parti Janata dari tahun 1977 hingga tahun 1988. | UMUM | |
ANABAPTIS | Anabaptis merupakan bentuk sayap radikal Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa gereja merupakan perkumpulan manusia yang disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan, dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka membaptis orang dewasa yang telah dibaptis semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan idea pemisahan gereja dan negeri. | UMUM | |
MARAT, JEAN PAUL | Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak supaya penentang revolusi dibunuh. | UMUM | |
BONIFACIO, ANDRES | Bapa Kataataasan Kagalanggalan Katipunan Mga Anak ng Bayan (Katipunan), sebuah pertubuhan radikal bertujuan menyatupadukan orang Filipina dan membebaskan Filipina daripada penjajahan Sepanyol, dan dia juga dianggap Bapa Revolusi Filipina. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULFAT | Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen. Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4 2—). Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium, strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air. | UMUM | |
KOMPLOT RUMAH RYE | Komplot Rumah Rye ialah rancangan yang direka oleh anggota radikal Parti Whig Inggeris pada tahun 1682 dan tahun 1683. Pengkomplot merancang untuk membunuh Charles II, raja England, dan adik lelakinya James, Duke of York, penganut Roman Katolik dan pewaris takhta. | UMUM | |
BROWN, JOHN | Brown, John (1800–1859) ialah radikal Amerika yang cuba memansuhkan perhambaan. Percubaannya untuk membebaskan hamba telah menyebabkan beberapa orang kehilangan nyawa dan secara tidak langsung menyebabkan meletusnya Perang Saudara Amerika (1861–1865). | UMUM | |