Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata raffles


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAFFLES, SIR STAMFORD UMUM 
RAFFLES COLLEGEkolej perubatanSEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERJANJIAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN-SULTAN HUSIN-RAFFLES

PERJANJIAN TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN-SULTAN HUSIN-RAFFLES (1819), perjanjian yang menyebabkan Singapura menjadi tanah jajahan British.  Perjanjian ini ditandatangani pada 6 Februari 1819 di antara Temenggung Abdul Rahman, Sultan Husin dan Raffles.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
MUHAMMAD SAID HAJI SULEIMAN, DATO'

MUHAMMAD SAID HAJI SULEIMAN, Dato’ (1876-1966), tokoh persuratan Melayu Johor. Muhammad Said lahir di Teluk Belanga, Singapura. Dia mendapat pendidikan sewaktu berusia lima tahun di Sekolah Melayu Teluk Belanga dab belajar bahasa Inggeris semasa dalam Darjah Tiga di sekolah melayu, di Sekolah Inggeris cawangan Kampung Baru pada sebelah petang. Dia meneruskan pendidikan Inggeris selepas tamat Darjah Empat sekolah Melayu, di Sekolah Inggeris Raffles (Raffles School) dan di Sekolah Anglo-Chinese Singapura hingga Darjah Tujuh.

BAHASATokoh
TANJUNG KATONG

TANJUNG KATONG, kawasan yang terletak di bahagian timur Singapura.  Ia telah wujud sebelum kedatangan Raffles ke Singapura pada tahun 1819.  perjanjian Raffles dengan Sultan Husin Syah pada tahun 1819, menentukan garis sempadan loji British di Singapura, iaitu dari Tanjung Malang di bahagian barat Singapura hingga ke Tanjung Katong, di bahagian timur Singapura, selain kawasan pedalaman Singapura sejauh tembakan meriam.  Pada tahun 1822, Raffles menamakan Tanjung Katong sebagai limbungan marin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MOHD. EUNOS ABDULLAH
 
MOHD. EUNOS ABDULLAH (1876-1933), pengarang akhbar dan aktivis masyarakat Singapura. Dua lahir di Singapura . Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di Raffles Institution hingga berjaya dalam bidang perdagangan (1893-1894). Selepas tamat persekolahannya, dia bertugas di pejabat Master Attendant di Singapura dan kemudiannya memegang jawatan sebagai Syahbandar di Muar, Johor.
SASTERATokoh
PILLAY, NARIANA

Pillay, Nariana ( ? – ? ) ialah ahli perniagaan

India yang pertama berjaya di Singapura. Dia lahir

dalam keluarga Hindu di Pulau Pinang. Dia

bertugas sebagai kerani dan tiba di Singapura

pada bulan Jun 1819, bersama-sama Sir Stamford

Raffles, pengasas Singapura moden.

UMUM 
UNIVERSITI MALAYA

UNIVERSITI MALAYA, universiti yang pertama di Malaysia.  Sejarah universiti ini bermula di Singapura dengan percantuman antara dua institusi pendidikan terkenal, Kolej King Edward VII (ditubuhkan pada tahun 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada tahun 1927).  Pada tahun 1959, sebuah kampus cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.  Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah universiti secara rasmi pada 1 Januari 1962.  Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama ialah Datuk Alexander Oppenheim diikuti oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr. Syed Hussein al-Attas, Profesor Datuk Mohd. Taib Osman dan Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
CHANG MIN TAT, TAN SRI DATUK

Chang Min Tat, Tan Sri Datuk (1916 - 2007), bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau dilahirkan di Ipoh pada bulan April 1916 dan menerima pendidikan awal di St. Michael’s Institution, Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Raffles College, Singapura.

UNDANG-UNDANGTokoh
LILY EBERWEIN

LILY EBERWEIN (1900-1980), tokoh pendidikan wanita Sarawak. Dia lahir pada 11 Julai 1900 di Kuching, Sarawak. Bapanya ialah John Eberwein berketurunan Belanda Scottish, manakala ibunya ialah Maznah Ali. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Mary’s Kuching dan di Raffles Girl’s School di Singapura hingga Darjah Tujuh. Lily Eberwein memeluk agama Islam pada tahun 1913.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas