Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rag.bi] | رݢبي

Definisi : sj permainan bola yg para pemainnya (antara dua pasukan yg berlawan) boleh membawa bola dgn tangan; bola ~ bola bujur utk permainan ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rag.bi] | رݢبي

Definisi : sj permainan bola yg dimainkan oleh dua pasukan (15 orang sepasukan) dgn menggunakan bola bujur yg boleh dibawa dgn tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ragbi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAGBIPermaianan yang menggunakan bola berbentuk bujur yang dimainkan oleh dua pasukanSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
BOLA SEPAK RAGBI

Bola sepak ragbi ialah sukan sentuh yang

pantas permainannya, yang dimainkan oleh dua

pasukan. Pemain-pemain dalam setiap pasukan

cuba mendapat skor dengan menendang,

membuat hantaran, atau membawa bola sehingga

mereka boleh menendangnya memasuki gol lawan

atau menyentuhkan bola di belakang garisan gol

lawan. Pasukan yang mendapat banyak mata dikira

memenangi perlawanan.

UMUM 
ALL BLACKS

All Blacks ialah pasukan Kesatuan Ragbi

Kebangsaan New Zealand. Mereka memakai jersi

hitam, seluar hitam, dan stoking hitam ketika

bermain.

UMUM 
SFEROID

Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera

tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah

sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan

Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari

Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah

sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya

melebihi ukuran lebarnya.

UMUM 
NASHATAR SINGH, DATO'

Nashatar Singh, Dato’ (1939-  ) ialah atlet dan pemain ragbi negara pada tahun 1950-an hingga 1970-an.

SUKANTokoh
MUSA HITAM, TAN SRI MUSA HITAM, Tan Sri (1934-    ), ahli politik, Timbalan Perdana Menteri (1981-1986). Dia lahir pada 18 April 1934, di Johor Bahru, Johor. Musa mendapat pendidikan menengah di English College, Johor Bahru. Dia aktif dalam pasukan perdebatan sekolahnya, di samping aktif dalam permainan ragbi dan bola sepak. Dia juga bergiat cergas dalam persatuan seperti Kelab Pemuda Malaya di Johor Bahru dan Majlis Belia Johor. Ketika masih di bangku sekolah, Musa pernah dilantik sebagai wakil Johor dalam persidangan World Association of Youth di Singapura.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
YAHYA AHMAD, TAN SRIYAHYA AHMAD, Tan Sri (1947-1997), ahli korporat. Dia lahir di Dungun, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di kampungnya sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga tahun 1966.  Semasa di bangku sekolah, dia aktif dalam sukan ragbi dan pasukan kadet.  Yahaya pernah mengajar di Sekolah Bukit Besi, Dungun sebelum melanjutkan pelajarannya di Loughborough College, England, pada tahun 1967. Dia mengambil jurusan kejuruteraan automotif dan lulus pada tahun 1970.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SAINT HELENS

Saint Helens (pend. 175 300) ialah daerah

metropolitan dan pusat pembuatan di

Merseyside, England. Bandar ini merupakan pusat

pengeluaran kaca terbesar di United Kingdom.

Barangan kaca yang dihasilkan ialah kaca rata dan

kaca keselamatan, pinggan mangkuk, dan bekas

kaca. Industri lain termasuk kejuruteraan dan

pengeluaran pakaian serta barangan

farmaseutikal. Lombong batu arang terletak

berhampiran bandar ini. Terusan Inggeris yang

pertama dibina di St. Helens untuk mengangkut

batu arang ke Liverpool melalui Sungai Mersey.

Terusan ini dibuka pada tahun 1757. Dalam daerah

ini terdapat juga balapan lumba kuda Haydock

Park. St. Helens juga mempunyai pasukan bola

sepak Liga Ragbi yang berjaya. Lihat juga

Merseyside.

UMUM 
MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, TAN SRI

MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, Tan Sri (1930-     ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1985-1987). Dia lahir pada 17 Disember 1930 di Kampung Baru Dinding, Lenggong, Perak. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Lenggong, dia terpilih memasuki Special Malay Class di Sekolah King Edward VII, Taiping. Dia pernah dilantik sebagai pengawas kanan dan ketua murid pada tahun 1952. Dia juga mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak dan ragbi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas