| TAPAI | Tapai, penganan yang dibuat daripada beras pulut, beras biasa, dan ubi kayu yang dicampur ragi. Tapai biasanya disediakan sebagai makanan sampingan dalam jamuan majlis perkahwinan dan pada hari raya. Kini tapai merupakan makanan yang bersifat komersial. Selain dimakan begitu sahaja, tapai juga boleh dimakan bersama susu atau ais krim. | UMUM | |
| MEMBRU | Membru ialah proses yang digunakan untuk membuat sesetengah minuman alkohol, terutamanya bir. Ramuan utama yang digunakan untuk membuat bir yang biasa ialah barli, hop, ragi, dan air. Kadang-kadang bijian yang lain juga digunakan. Semua pembuat bir menggunakan proses asas yang sama, iaitu mempelbagaikan ramuan atau masa membru dan suhu untuk memperoleh beberapa jenis bir. Enam langkah pertama ialah: (1) membuat malt, (2) melecek, (3) merebus, (4) penapaian, (5) pematangan, (6) proses akhir. | UMUM | |
| ULOS BATAK | ULOS BATAK, tenunan yang memberi pakan tambahan dengan tidak menggunakan benang emas atau perak, dan merupakan alat kelengkapan upacara adat. Di daerah Batak, seperti di Tanah Karo, ulos dikenal dengan pelbagai nama antaranya ‘gatip’ ‘juir’, ‘uisgara’, ‘uisnipes’, ‘uisteba’ dan ‘uis arinteneng’, sementara di Tapanuli Utara, dikenal sebagai ‘tampai’ dan ‘palepai’. Ulos yang paling terkenal ialah ‘ulos ragi idup’. | BUDAYA | Kraf Tangan |