Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.hib] | راهب

Definisi : Ar orang yg bertapa dlm biara Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.hib] | راهب

Definisi : orang pertapa yg bekerja di biara utk kepentingan agama Nasrani atau agama Buddha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahib


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAHIB UMUM 
MENDEL, GREGOR JOHANN

Mendel, Gregor Johann (1822–1884), ahli botani

dan rahib Austria yang merumuskan hukum asas

keturunan. Eksperimennya yang membiakkan

tumbuhan kacang taman melahirkan perkembangan

sains yang dikenali sebagai genetik.

UMUM 
S.M.

S.M.ialah singkatan bagi Sebelum Masihi (B.C

dalam bahasa Inggeris adalah singkatan bagi

Before Christ ). Pada tahun 532 M., seorang rahib

bernama Dionysius Exiguus berusaha mencipta

satu sistem Kristian untuk mentarikhkan peristiwaperistiwa

yang bermula dengan tahun yang

dipercayainya adalah tahun Christ dilahirkan. Dia

menamakan tahun-tahun selepas peristiwa ini anno

Domini (dalam tahun Tuhan kita), seperti A.D. 532

(atau 532 M. dalam bahasa Melayu). Tahun-tahun

sebelum kelahiran Christ dinamakan Before Christ

dalam bahasa Inggeris atau Sebelum Masihi,

seperti pada tahun 400 B.C/S.M.

UMUM 
SAINT BERNARD

Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang

menjadi terkenal kerana menyelamatkan

pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada

tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.

Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada

masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan

Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa

perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau

ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard

dilatih untuk menyelamatkan mereka yang

menghadapi masalah begini. Dengan deria bau

yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang

yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah

menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan

menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk

memandu pengembara melalui laluan yang

berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat

berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir

Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada

sebuah tong kayu kecil yang tergantung di

lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.

Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini

semasa misi menyelamat.

UMUM 
PRELATE

Prelate ialah gelaran pegawai yang berpangkat

tinggi di gereja. Bagi Gereja England, prelate ialah

biskop dan ketua biskop. Bagi Gereja Roman

Katolik, istilah prelate juga bermakna paus,

kardinal, dan ketua rahib dan pegawai biara yang

lain, di samping prelate kehormat.

UMUM 
MONTE CASSINO

Monte Cassino ialah biara di Itali terletak di

antara Rom dan Naples. Di sini Saint Benedict

menubuhkan mazhab Benedictine, Roman Katolik.

Lebih kurang pada tahun 529 M., Saint Benedict lari

daripada hukuman bunuh dan bersembunyi dalam

bandar Cassino yang telah musnah. Kemudian

Saint Benedict dan pengikutnya membina sebuah

biara di tempat tinggi di bandar tersebut. Mazhab

Benedictine di Monte Cassino mencapai kemuncak

pengaruhnya dari tahun 1058 hingga tahun 1087.

Rahib Desiderius, yang kemudian menjadi Pope

Victor III memerintah Monte Cassino pada masa

itu. Para rahib dan biarawan di Monte Cassino

menghasilkan manuskrip dan lukisan yang terkenal

di seluruh dunia. Pada tahun 1071, sebuah gereja

baru telah ditahbiskan. Ia dinamakan katedral pada

tahun 1321.

UMUM 
REFORMASI

Reformasi ialah gerakan keagamaan pada tahun

1500-an yang melahirkan Protestanisme. Ia

membawa dan nampak hebat ke atas kehidupan

sosial, politik, dan ekonomi di Eropah, dan

pengaruhnya masih dirasai sehingga kini. Gerakan

ini bermula pada tahun 1517 apabila seorang rahib

Jerman, Martin Luther, membantah amalan tertentu

Gereja Roman Katolik. Kira-kira 40 tahun kemudian,

Protestanisme lahir di Eropah.

UMUM 
ANUGERAH KESATERIA

Anugerah Kesateria. Kesateria Zaman

Pertengahan bersatu dalam kumpulan-kumpulan

yang disebut sebagai order . Mereka melafazkan

ikrar taat setia kepada raja atau tuan mereka, dan

membentuk pertubuhan ketenteraan untuk

mempertahankan tanahnya daripada musuh. Ketika

Perang Salib, pelbagai golongan kesateria

bertempur dengan tentera Islam di Tanah Suci.

Kesateria yang menyertai golongan ini bersumpah

untuk hidup sebagai rahib dan juga saudara yang

setia semasa peperangan. Golongan agama yang

paling terkenal ialah Knights of Saint John, Knights

Templars, dan Teutonic Knights.

UMUM 
BIARA

Biara ialah sebuah komuniti keagamaan, yang

lazimnya terdiri daripada wanita, yang telah

mengangkat sumpah keagamaan dan hidup di

bawah peraturan agama yang ketat. Istilah ini

biasanya digunakan bagi merujuk sebuah mazhab

atau persatuan rahib wanita Kristian, dan khusus

merujuk bangunan yang menempatkan mereka.

Ketua sesebuah biara lazimnya dikenali sebagai

ketua biarawati, tetapi mungkin mempunyai

gelaran yang berlainan seperti abbess atau

prioress.

UMUM 
MONTE CRISTO

Monte Cristo ialah pulau di Itali yang kecil tandus

di Laut Mediterranean. Untuk lokasi, lihat Itali (peta

rupa bumi). Keluasannya 10 kilometer persegi. Pada

zaman purba ia dikenali sebagai Oglasa. Ia menjadi

terkenal melalui novel Alexandre Dumas The

Count of Monte Cristo. Novel itu menceritakan

bagaimana hero menjumpai harta di pulau

tersebut. Sebahagian besar pulau ini ialah gunung

granit yang setinggi 610 meter di atas aras laut.

Pada suatu masa dahulu, para rahib Benedictine

mempunyai sebuah biara di Monte Cristo. Pada

tahun 1553, mereka meninggalkan tempat tersebut

kerana diserang lanun. Lebih daripada 300 tahun

kemudian kerajaan Itali cuba menubuhkan sebuah

petempatan banduan di Monte Cristo. Tetapi

rancangan ini tidak berjaya.

UMUM 
12

Kembali ke atas