RAHIM RAZALI, DATO’ | | UMUM | |
ABDUL RAHIM HAJI SALIM | Tokoh kewartawanan Melayu. | SASTERA | Tokoh |
MARIAM RAHIM | MARIAM RAHIM (1935 - ), pelakon filem Singapura. Dia lahir pada 21 Ogos1935 di Jalan Dusun, Bali Setia Road, Singapura. Mariam Rahim atau nama sebenarnya Mariam Baharom juga dikenal dengan gelaran Mariam Tahi Lalat. Mariam mendapat pendidikan di sekolah dewasa sehingga Darjah Tiga. Ibunya berasal dari Mersing, Johor, manakala bapanya berasal dari Cheangmai, Thailand | BUDAYA | Tokoh |
ABDUL RAHIM KAJAI (1894–1943) | Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh sasterawan dan ‘Bapa Kewartawanan Melayu Moden’. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin memajukan nasib orang Melayu melalui penanya iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam bidang sastera, dia juga dianggap sebagai ‘Bapa Cerpenis Melayu’ yang produktif. | UMUM | |
RAHIM RAZALI, DATO' | RAHIM RAZALI, Dato’ (1939- ), pelakon dan pengarah teater, drama dan filem serta pengulas sukan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Mohd. Razali. Dia lahir pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak. Rahim mendapat pendidikan di Sekolah Anderson, Ipoh. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Universitiy Melbourne dalam bidang Chartered Accountancy selama lima tahun di bawah rancangan Colombo. | BUDAYA | Tokoh |
ABDUL RAHIM KAJAI | ABDUL RAHIM KAJAI (1894-1943), penulis dan bapa kewartawanan Melayu. | SASTERA | Konsep |
ISNAWIY, ABD AL-RAHIM AL | | UMUM | |
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998 | Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan berani bersaing dengan negara-negara maju dunia. Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29 Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau dikenali sebagai ‘Rahim King’. | UMUM | |
PROSTAGLANDIN | Prostaglandin ialah nama sekumpulan sebatian kimia yang penting. Ia terdapat di seluruh badan manusia dan haiwan. Ia membantu mengatur berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan lain-lain organ badan. Prostaglandin juga memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli sains telah mengenal pasti lebih daripada 20 prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak versi yang telah diubahsuai. | UMUM | |
TUK SYEKH BUKIT BAYAS | TUK SYEKH BUKIT BAYAS ( ? -1864), ulama. Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim. Dia juga dikenal dengan panggilan Syekh Abdul Kadir Bukit Bayas. Tuk Syekh Bukit Bayas berasal dari Patani. Dia berhijrah ke Terengganu bersama-sama rombongan Tuk Syekh Qadhi yang mengundurkan diri dari Patani berikutan serangan Siam yang menakluki kerajaan Islam Patani pada tahun 1832. Tuk Syekh Bukit Bayas adalah saudara Tuk Syekh Qadhi. Dia juga adalah keturunan daripada Faqih Ali Malbari, putera Raja Bugis yang mengembara menuntut ilmu sampai ke Malabar, India. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |