MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA | Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, memorial yang menyimpan dan mempamerkan barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan, dan memulihara segala bahan-bahan arkib, muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan menyediakan kemudahan rujukan kepada penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini turut berperanan menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada generasi sebagai monumen yang kekal sebagai peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya sebagai salah satu tarikan kepada pelancong. | UMUM | |
SURAH AL-RAHMAN | Surah al-Rahman ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha Pemurah), kerana permulaannya menerangkan hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan kepada sendaan orang kafir Makkah ketika diturunkan ayat berikut yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya: Dan siapakah al-Rahman itu?”. (Surah al-Furqan 25:60) | UMUM | |
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN | Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman (207 H.–273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga. Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah sering mengadakan perundingan dengannya. Dia banyak melakukan serangan ke atas negara Perancis. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman dianggap sebagai seorang ahli balaghah dan sastera. | UMUM | |
MUJIBUR RAHMAN | Mujibur Rahman (1920–1975), menjadi perdana menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari 1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib) meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan membunuhnya pada bulan Ogos 1975. | UMUM | |
SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL | Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh, nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga banyak mengarang buku. Pengarang kitab ‘Hidayat al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130 buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al- Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al- Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l- Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al- Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al- Taubikh li-Man Zam al-Tarikh. | UMUM | |
‘ABD AL-RAHMAN AL-DAKHIL | ‘Abd al-Rahman al-Dakhil (113 H.-172 H./731M.- 788M.) terkenal dengan gelaran saor quraysh; dan dikenali pula dengan al-Dakhil kerana kemasukannya ke Andalus dan seterusnya mengasaskan Kerajaan Umayyah di sana. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Mu’awiyah ibn Hisham ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan. Dia lahir di Damsyik dan membesar dalam keadaan yatim. Dia telah berjaya melepaskan diri daripada ancaman golongan Abbasiyyah sewaktu mereka merampas kuasa Kerajaan Umayyah di Syam. Kebanyakan orang Umawiyyah telah dibunuh. ‘Abd al-Rahman bersembunyi dan berjaya menyusup keluar hinggalah dia tiba di Maghribi. Di sana, dia bertemu pula dengan hambanya Badar dan mendapat biaya sara hidup daripada saudara perempuannya Ummu al-Isba. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya daripada Kabilah Tafzawah yang berbangsa Tartar. Ibunya berasal dari suku kaum ini. Di sini dia telah menghubungi golongan Umawiyyah di Andalus dengan menghantar Badar sebagai utusannya. Lantas dikirimkan satu pasukan yang terdiri daripada para pembesar Umawiyyah dan mereka memberi sumpah setia kepada ‘Abd al- Rahman. | UMUM | |
SA‘ATIY AHMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN AL- | Sa‘atiy Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- (1301–1378 H./1883–1958 M.), ahli hadith. Nama penuhnya ialah Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al- Banna, dan al-Sa’atiy ialah nama samarannya. Dia adalah bapa pembaharuan dan pemimpin Islam, Ahmad lahir di perkampungan Shamsyairah, berhampiran bandar Iskandariah, Mesir. Sejak kecil lagi dia menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari hadith Rasulullah s.a.w. Antara hasil karyanya termasuk Bada‘i al-Mannan fi Jam‘i wa Tartib Musnad al-Shafi‘i wal-Sunnan, Al-Qaul al- Hassan fi Sharhi Bada‘i al-Mannan, Minhat al- Ma‘bud fi Tartib Musnad al-Tayalisi Abi Daud- Tahzib Jam‘i Masanid Abi Hanifah, Hidayat al- Muqtafi ila Tartib Musnad al-Haskafi, Ithaf Ahl al- Sunnah al-Bararat Zibdah Ahadith al-Usul al- Asharah, Tanwir al-Afidati al-Zakiyati fi Adillat Azkar al-Wazifat al-Zaruqiyyah, dan Al-Fathu al- Rabbani li-Syarhi wa Tartib Musnad Ahmad ibn Hanbal al-Shaibani. Ahmad ibn Abd Rahman al- Banna meninggal dunia di Kaherah. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN YA’KUB, TUN | Abdul Rahman Ya'kub, Tun (1928 - ) ialah Ketua Menteri Sarawak yang ketiga (1970–1981) dan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang keempat (1981– 1986). Abdul Rahman mula aktif dalam politik apabila menyertai Parti Barisan Anak Jati Sarawak (BARJASA) pada tahun 1962. Kemudian dia menyatukan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan BARJASA bagi membentuk Parti Bumiputera pada tahun 1966 bersama-sama Datuk Abang Ikhwan Zaini dan Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN HASHIM, TAN SRI | ABDUL RAHMAN HASHIM, Tan Sri (1925-1974), Ketua Polis Negara yang ketiga (1972-1974). Abdul Rahman lahir di Sungai Limau, Yan, Kedah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL RAHMAN RAJA JAAFAR | ABDUL RAHMAN RAJA JAAFAR ( ? -1844), Yamtuan Muda Johor yang ketujuh (1833-1844). Nama sebenarnya ialah Raja Abdul Rahman bin Raja Jaafar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |