Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.ja] | راج

Definisi : I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Teng­gara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsa­wan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg ber­kuasa, ketua, pemerintah: kompeni Ing­geris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerin­tah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg ter­makan budi kita; 6. orang yg besar kuasa­nya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpenga­ruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai bina­tang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpen­ting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpeme­rintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm pe­nya­bungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pe­mangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb ber­setuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baik­lah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (mengham­bakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerin­tah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempenga­ruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah di­­raja­kan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pe­me­rintahan, negara: ~ Indonesia berpar­limen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul meng­gantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahui­nya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintah­an negeri yg menjadi sebahagian drpd keraja­an kebangsaan atau pusat; ~ pusat peme­rin­tahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara se­hingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg mele­tak­kan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perban­dar­an dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kera­jaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ja] | راج

Definisi : ; ~ udang sj burung, binti-binti, Alcedo meninting verrauxii; burung ~ udang sj burung, pekaka cicit, Alcedo atthis benga-lensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ja] | راج

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok) Cassia fistula; rumput ~ sari sj anggerik, anggerik raja sari, Dendrobium calcaratum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.ja] | راج

Definisi : 1 orang yg mengetuai dan yg memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan: Sesudah Perang Dunia Kedua, ~ Itali telah turun takhta. 2 gelar orang bangsawan yg berketurunan sultan. 3 orang (badan) yg berkuasa; pemerintah: Kompeni Inggeris kembali semula menjadi ~ di Melaka. 4 orang yg berkuasa dan besar pengaruhnya dlm sesuatu lingkungan perusahaan atau kepentingan (spt perusahaan minyak, kewangan): ~ minyak. 5 nama buah catur yg terpenting. ~ agas orang yg berbadan kecil tetapi berani. ~ bola pemain bola sepak yg handal. ~ laut laksamana. ~ muda anak raja bakal pengganti raja; tengku mahkota. ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri atau negara. ~ sehari pengantin. beraja 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata, bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. berajakan mempunyai atau menganggap seseorang sbg raja; beraja kpd; bertuankan: Orang Melaka sangat kasih akan beliau dan setuju ~ beliau. merajai 1 menjadi raja di; memerintah: Bagindalah yg mula-mula ~ negeri Perak. 2 menguasai diri. merajakan mengangkat menjadi raja; menobatkan: Setelah Sultan Ali mangkat, pembesar-pembesar Perak telah ~ Raja Ismail sbg gantinya. kerajaan 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. berkerajaan ada kerajaannya; mempunyai kerajaan (sbg pemerintah): Mereka bertindak utk mencapai kebebasan dan kekuasaan politik ke arah ~ sendiri. perajaan perihal (cara dll) merajai atau merajakan: Sistem ~ berterusan mengikut giliran di kalangan raja-raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ra.ja] | راج

Definisi : ; ~ udang nama sj burung, Alcedo atthis bengalensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raja (kata nama)
1. Rujuk perintah pemerintah

2. Dalam konteks gelaran
bersinonim dengan tuanku, tunku, tengku, ungku, pangeran, syed, sheikh,

Kata Terbitan : meraja, merajai, merajakan, kerajaan, berkerajaan,

Puisi
 

Hilir mudik ke bandar raja,
     Raja ada di Pasir Panjang;
Cantik molek manakan ada,
     Sedang elok pertimbangan abang.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Gajah bergajah-gajah,
     pelanduk mati tersepit.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Majlis Raja-raja Melayu ialah badan

penasihat yang bertindak sebagai pelindung

institusi raja, keistimewaan kemuliaan dan

kehormatan raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh

raja atau sultan Tanah Melayu.

UMUM 
PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA, orang yang bertanggungjawab sebagai setiausaha kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu diwujudkan setelah termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Satu majlis yang mengandungi raja-raja Melayu yang dikenal sebagai Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan dan setiausaha kepada majlis itu dinamakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, jawatan ini dikenal sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Malaysia.

BUDAYAJawatan/Gelaran
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU

ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘astana’ atau ‘asthaa’. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
PLANTAGENET

Plantagenet ialah nama keluarga keturunan raja-

Raja yang memerintah England dari tahun 1154

hingga 1399. Raja-raja tersebut adalah keturunan

Matilda, puteri Raja Henry I yang berkahwin

dengan Geoffrey, bangsawan dari Anjou, Perancis.

Geoffrey dikenali sebagai Plantagenet kerana

baginda memakai setangkai broom, iaitu sejenis

tumbuhan dengan bunga berwarna kuning atau

putih pada topinya. Ramai ahli sejarah

menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevins yang

bermaksud dari Anjou .

UMUM 
MOHOR RAJA-RAJA MELAYU BUDAYAArtifak/Mentifak
RAJA BOT RAJA JUMAAT

RAJA BOT RAJA JUMAAT (1849-1916), pentadbir daerah Lukut. Dia adalah putera Raja Jumaat bin Raja Jaafar dan ibunya ialah Senai, puteri Sultan Muhammad. Semasa berumur lapan tahun, dia telah khatam al-Qur’an. Tiga tahun kemudian dia dihantar ke Melaka untuk mendapat pendidikan di Sekolah Inggeris Melaka. Dia dijaga oleh Kolonel Ronald Macpherson, Residen Kauselor Melaka. Selepas itu, dia diajar hal-hal perniagaan oleh Baba Chee Yam Chuan, saudagar Melaka yang juga sabahat baik Raja Jumaat. Chee Yam Chuan banyak membantu pembangunan Lukut. Raja Bot kembali ke Lukut setelah berada di Melaka selama dua tahun. Dalam usia 13 tahun, dia membantu ayahnya menjalankan peniagaan, khususnya membeli keperluan seperti pakaian, candu dan makanan yang dijual kepada pekerja lombong.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA AISYAH RAJA SULAIMANRAJA AISYAH RAJA SULAIMAN (1889-1924), penulis. Dia lahir pada tahun 1889 di kompleks istana, tempat yang sekarang dikenal sebagai Kampung Baru, Pulau Penyengat. Dia ialah cucu Raja Ali Haji (1809-1870). Raja Aisyah mendapat pendidikan dan asuhan yang ketat dan sempurna daripada inang-inang yang terpilih. Selain mewarisi tabiat suka membaca buku sejak kecil, dia juga terdedah kepada suasana pembacaan hikayat dan pendendangan puisi di istana. Dari situlah juga Raja Aisyah mempelajari teknik bercerita.SASTERATokoh
RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN

RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN (  ? -1882), kerabat diraja Selangor. Dia adalah cucu Sultan Muhammad, Sultan Selangor. Dia juga salah seorang yang terlibat dalam Perang Kelang. Raja Mahadi tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah yang mentadbir jajahan Kelang. Ini kerana pada masa jajahan itu ditadbirkan oleh ayahandanya, Raja Sulaiman, pendapatan tidak banyak kerana perlombongan bijih timah belum berkembang. Setelah Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah, dia telah menggalakkan orang Cina mengusahakan lombong bijih timah. Usaha ini telah memajukan daerah Kelang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN

RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di  Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR

RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR (1905-1947), penulis dan wartawan. Dia lahir di Gebang, Tanjung Pura, Langkat, Sumatera, Indonesia. Nama lain yang pernah digunakan ialah Ratuman atau Tengku Rolam. Raja Mansor berketurunan bangsawan. Ayahnya daripada kerabat diraja Perak, sementara ibunya pula berasal dari istana Langkat. Raja Mansor mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Hollandsch Inlandsche School (HIS) di Medan hingga tamat pada tahun 1929.  

SASTERATokoh
12345678910...

Kembali ke atas