PERJANJIAN LIMERICK | Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang menamatkan peperangan antara raja-raja England, William III dengan James II. Orang Inggeris telah menggulingkan James, yang bermazhab Roman Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong James yang dikenali sebagai Jacobites , mula memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali sehingga pada tahun 1691, mereka hanya menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3 Oktober. | UMUM | |
SENI BINA GEORGE | Seni bina George ialah gaya utama seni bina di England semasa pemerintahan Raja George I, II, III, dan IV. Raja-raja ini memerintah dari tahun 1714 hingga tahun 1830. Seni bina George juga banyak mempengaruhi bangunan di koloni Amerika dan Amerika Syarikat Timur pada tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. | UMUM | |
EDWARD III | Edward III (1312–1377), menjadi raja England pada tahun 1327. | UMUM | |
DARIUS III | Darius III (330–380 S.M.) ialah raja Parsi yang terakhir. Dinasti ini berjaya meluaskan empayar-empayar besar dunia, iaitu di barat Asia pada abad ke-6 SM. | UMUM | |
BUTE, EARL OF | Bute, Earl of (1713–1792), menjadi perdana menteri Inggeris pada tahun 1762. Pelantikan Bute merupakan hasil daripada persahabatannya dengan Raja George III dan dengan ibu raja tersebut. | UMUM | |
SULTAN MUZAFFAR SYAH III | SULTAN MUZAFFAR SYAH III ( ? -1752), Sultan Perak yang ke-13 (1728-1732). Nama sebenar baginda ialah Raja Inu. Baginda adalah putera Yang Dipertuan Muda Mansyur Syah dan anak saudara Sultan Mahmud Syah (1654-1720). Sultan Mahmud Syah tidak mempunyai anak dan baginda telah mengambil tiga orang anak saudara lelakinya, iaitu Raja Radin, Raja Inu dan Raja Bisnu, sebagai putera baginda. Raja Inu mendapat gelaran Raja Kecil Besar dan bertindak sebagai pemangku raja. Baginda juga dijadikan Raja Bernam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MACBETH | Macbeth ( ? –1057), menggulingkan raja Scotland pada tahun 1040, setelah menewaskan dan membunuh Raja Duncan I. Dia mendakwa bahawa dia berhak menaiki takhta kerajaan Scotland kerana isterinya keturunan diraja. Malcolm III, anak Duncan I, dan Earl Siward dari Northhumberland telah mengalahkan Macbeth di Dunsinane pada tahun 1054 tetapi tidak menggulingkannya. Tiga tahun kemudian, Malcolm III telah membunuh Macbeth di Lumphanan. Anak tiri Macbeth, Lulach, berjaya memerintah semula selama beberapa bulan, kemudian Malcolm III menggantikan Lulach sebagai raja. | UMUM | |
PERIKATAN SUCI | Perikatan Suci ialah satu perjanjian yang ditandatangani di Paris pada bulan September 1815 selepas kejatuhan Napoleon. Tsar Alexander I Rusia telah mengasaskan Perikatan ini. Dua orang penandatangan pertama ialah Francis I, Maharaja Austria dan Raja Frederick William III dari Prussia. Kesemua raja-raja lain di Eropah kecuali Paus, Raja Great Britain dan Sultan Turki menandatangani perikatan itu. | UMUM | |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III | SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH III ( ? -1615), Sultan Johor yang keenam (1597-1615). Baginda adalah putera Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II dengan anak Seri Nara Diraja Pahang. Nama sebenar baginda ialah Raja Mansur. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor, menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1597 dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah III. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA JAAFAR | RAJA JAAFAR ( ? – 1830), Yang Dipertuan Muda Riau yang keenam (1806-1830). Raja Jaafar adalah putera Raja Haji. Sultan Mahmud Syah III berkenan melantiknya sebagai Yang Dipertuan Muda Riau yang Keenam menggantikan Raja Ali, Yang Dipertua Muda Riau yang kelima, yang meninggal dunia pada tahun 1806. Pelantikan Raja Jaafar dilakukan di Lingga. Dengan pelantikan tersebut, Raja Jaafar telah berpindah dari kediamannya di Kelang, Selangor ke Pulau Penyengat, Riau. Pusat pemerintahannya dinamakan Kota Rentang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |