Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jang] | راجڠ

Definisi : Jw; merajang menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik: ~ daun nasi ulam; rajangan hirisan, racikan; tembakau ~ tem­ba­kau racikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rajang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI RAJANG

Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sungai sepanjang 563 kilometer ini berpunca dari

banjaran gunung yang berhampiran dengan

sempadan Sarawak dari Indonesia. Ia terdiri

daripada dua cabang utama iaitu Sungai Baleh dan

Sungai Balui. Panjang sungai ini adalah satu per

lima daripada panjang Sungai Amazon (Amerika

Selatan) dan Sungai Yangtze, dan hampir satu per

tiga panjang Sungai Danube.

UMUM 
RASCOM

RASCOM, pasukan kawalan keselamatan kawasan Rajang, Sarawak. Organisasi tentera yang terdiri daripada pelbagai bahagian di bawah pemerintahan bersama ini lebih dikenal sebagai Rajang Area Security Commad atau RASCOM dan ditubuhkan di Bahagian Ketiga Sarawak. Pada 25 Mac 1972, keseluruhan Bahagian Ketiga Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan Keselamatan Istimewa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia. Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Mukah, Oya dan Dalat. Kawasan kawalan diperluaskan di Binatang (Bintagor), Sarikei dan Julau, serta Song dan Kapit.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SARIKEI

SARIKEI, sebuah daerah dan juga salah  sebuah bahagian di Sarawak.  Bahagian Sarikei yang direntangi oleh Sungai Rajang dan Sungai Belawai ini mempunyai keluasan lebih kurang 1740 km persegi.  Sepanjang Sungai Rajang, kawasan di muaranya agak rendah berpaya, manakala di kawasan pendalamannya lebih tinggi dan berbukit-bukau.  Sarikei terletak 356 km dari Kuching.  Bandar yang terdekat dengannya ialah Sibu yang terletak lebih kurang 122 km ke timur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
EMPANGAN BAKUN

Empangan Bakun, empangan hidroelektrik terbesar di Malaysia. Empangan ini adalah empangan batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam-FRD). Empangan Bakun terletak di Sungai Balui, di Lembangan Sungai Rajang, dalam daerah Belaga, Sarawak. Ia terletak kira-kira 36 km dari Pekan Belaga.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
SIBU

SIBU, pelabuhan penting di Sarawak pada abad ke-19.  Dari segi geografi, Sibu terletak seolah-olah di atas sebuah pulau yang terbentuk oleh lekukan Sungai Rajang dengan Sungai Igan.  Pada asalnya bandar Sibu adalah sebuah perkampungan orang Melanau yang disebut Kampung Nangka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ZAINI OJE @ OZEAZAINI OJE @ OZEA (1951-      ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian.  Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.  Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris.  Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985.  Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984).SASTERATokoh

Kembali ke atas