USNO, parti politik. USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation. Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah. Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan. Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah. Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin. Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha.
Thanks for clicking. That felt good.