Skagerrak ialah sebuah cabang Laut Utara. Skagerrak membahagikan Norway dan Sweden di utara dan memisahkan kedua-dua negara ini daripada Denmark di selatan. Nama ini sering kali dieja sebagai Skager-Rak atau Skagerrack. Skagerrak ialah lebih kurang 209 kilometer panjang. Cabang ini penting kerana menyambungkan Laut Utara dengan Kattegat. Dua selat terbentuk di pintu masuk Laut Baltik. Di sepanjang pantai Jutland, tidak terdapat pelabuhan yang sesuai untuk kapal berlabuh kerana pantai ini dipenuhi tebing pasir yang berbahaya. Tetapi di sepanjang Norway, 130 kilometer jauhnya dari situ, terdapat banyak pelabuhan yang baik. Untuk lokasi, lihat Eropah (peta). |